»

24/10/2017 – 7:57 AM |

 
BANGI, 15 Okt – “Malaysia menduduki tempat pertama dalam kedudukan negara yang mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang gemar berbelanja lebih dari kemampuan walaupun …

Read the full story »

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Tazkirah/Kuliyah

Basah Bibir dengan Zikir

Submitted by on 07/12/2008 – 11:21 AMNo Comment

(Kisah diadaptasi dari email Ibnu Abbas dalam isma-net)

Kisah 1: Ketika di Johor, saya menghadiri perjumpaan bulanan dan pada malam itu pengisi program ialah seorang sahabat dari Indonesia. Oleh kerana ada masalah teknikal, maka program tertangguh kira-kira 30 minit dan seperti biasa perbualan dikalangan yang hadir semakin rancak. Penceramah jemputan dari Indonesia itu kelihatan juga berbual-bual. Beberapa ketika kemudian, saya dihampiri oleh seorang sahabat lain sambil berbisik, ” cuba lihat penceramah, dia sedang khusyuk membaca Al Qur’an”. Saya menoleh dan melihat beliau sedang bertilawah di satu sudut yang tadinya saya nampak sedang berbual mesra. Sambungnya lagi, ” dia dalam keadaan penat menjelajah Malaysia, masih mampu membaca al Qur’an, kita Al Qur’an pun tak bawa?

Kisah 2: Pengalaman tiga sahabat lain yang bersama seorang sahabat Arab untuk ke suatu destinasi di Malaysia ini. Mereka menaiki MPV dan berbual-bual dalam bahasa Arab dan sesekali bahasa Ingeris. Walaupun penat, sahabat Arab ini rancak berbual mesra dan seolah sudah lama kenal. Dan sesuatu yang benar-benar menyentuh hati ialah bila melihat sahabat Arab ini kumat kamit berzikir sebaik habis berbual dan akan terus berbual jika ada persoalan terhadapnya. Seterusnya beliau selang seli dengan membaca Al Qur’an . Begitulah keadaannya sehingga sampai kedestinasi yang mengambil masa hampir 3 jam, beliau cuma tidur beberapa minit sahaja.

Inilah antara contoh seseorang yang bersungguh-sungguh dalam kerja dakwahnya yang sangat bersungguh pula menjaga amalan sunat walau apa pun kesulitan yang dialami. Jiwa yang rohnya hidup, frekuensi dan auranya akan dirasai oleh oleh orang lain , bukan sahaja dari kata-katanya malah dari senyumannya.

Firman Allah SWT,

” Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh ( jihad) untuk mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat baik” Al-Ankabut-69

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.