Berita Utama »

31/05/2013 – 2:35 pm |

Tweet

Tinggal kurang daripada 2 bulan lagi untuk kita memasuki ramadhan al-mubarak, ayuh tingkatkan amal ibadat seperti mana saranan ar-Rasul s.a.w. dan perbanyakkan puasa kita. Semoga Ramadhan al-mubarak hadir di saat kita telah siap siaga menempuh …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Uncategorized

Riadhah Bersama NAZIM

Submitted by on 12/02/2009 – 8:54 amNo Comment

Padang UKM, 17 Jan 2009 – Anak-anak ahli ISMA Daerah Hulu Langat  telah berkumpul bersama  untuk riadah selepas penjenamaan baru yang diberi untuk kelab pembangunan aulad ini, iaitu NAZIM (Nadi Asybal Wa Zahrawat ISMA a.k.a. Kelab Anak Singa dan Kuntuman Bunga a.k.a. Kelab Simba dan Jasmin). Riadah pada pagi tersebut diisi dengan acara sukaneka.

Di dalam acara ini, NAZIM telah berjaya menghimpun seramai 23 orang anak-anak ahli ISMA. Antara acara tersebut ialah:

1-Pertandigan lari sambil mengepit belon

2-Si celik membawa si buta

3-Tudung botol dalam sudu

4-Isi air dalam botol.

5-Bola sepak (banin)

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyemai rasa kebersamaan di antara anak-anak ahli ISMA. Selain itu, anak-anak ini dapat mengenali di antara satu sama lain dan yang lebih penting, ibu bapa secara tidak langsung dapat memperuntukkan masa untuk bersama anak-anak mereka kerana kebiasaannya, ibubapa sibuk pada hari-hari bekerja ditambah pula dengan urusan dakwah yang tiada masa rehat. Masa dapat diperuntukkan untuk anak-anak dengan adanya aktiviti sebegini.

Selesai acara sukan tersebut, makan pagi telah dibuat bersama. Kemudian sedikit taklimat disampaikan oleh Saudara Zakir Husin yang mencatat sejarah sebagai pengarah NAZIM yang pertama di bawah ISMA DHL. Beliau memberi pengenalan sedikit sebanyak tentang NAZIM iaitu kelab anak-anak singa dan kuntuman bunga yang menjadi metafora kepada ahli kelab ini iaitu berani, cergas dan cerdik. Beliau juga telah menerangkan pelbagai aktiviti yang telah dirangka sepanjang tahun ini untuk mereka. Akhir sekali, pengarah berharap agar anak-anak dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Oleh: Sobah
Februari 2009

Tags: , ,

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.