Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Kuliyah Subuh di Surau Al-Amirin

Ustaz Mukram berkongsi hadith-hadith tentang nikmat syurga

Ustaz Mukram berkongsi hadith-hadith tentang nikmat syurga

Ahad, 1 Mac 2009, Surau Al-Amirin, Seksyen 4, B.B.Bangi – Selepas qiyam pada malamnya, para ahli ISMA DHL bersama jemaah surau telah disajikan dengan kuliyah subuh oleh Ustaz Mukram Mohd Taib. Antara lain beliau mengingatkan tentang nikmat syurga melalui penyampaian hadith-hadith soheh yang menjelaskan tentang betapa besarnya nikmat syurga. Untuk hamba-hamba Allah yang beriman, bagi mereka nikmat-nikmat yang tidak pernah dibayangkan oleh akal fikiran, tidak pernah dilihat oleh mata, bunyi-bunyian yang tidak pernah didengar oleh telinga, rasa makanan yang tidak pernah dirasa oleh lidah.. dan sebagainya. Hatta ganjaran syurga yang paling rendah pun adalah amat besar sekali, dengan nikmat istana yang besar bersama 10,000 pelayan. Begitulah nikmat Allah swt bagi hambanya yang soleh, yang berjihad, yang bangun di tengah malam.

Bermuhasabahlah sama ada layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah berdasarkan amal yang kita lakukan...

Bermuhasabahlah sama ada layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah hanya sekadar berdasarkan amal yang kita lakukan...

Beliau mengajak para jemaah kepada dakwah utama Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah dan rasul. Demikianlah manhaj yang digunakan oleh para sahabat dan para solehin, yakni mengajak manusia kepada yang sebenarnya. Maka hendaklah kita berlumba dalam merebut ganjaran Allah swt yang amat besar. Syurga adalah janji Allah kepada orang yang soleh. Bersama-sama kita letakkan iman dalam kehidupan kita dan sentiasa bermuhasabah sama ada layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah hanya sekadar berdasarkan amal yang kita lakukan sekarang berbanding balasan syurga yang teramat besar, tidak ternilai dan tiada bandingannya di dunia.

Beliau juga mengingatkan tentang mahsyar yang merupakan peristiwa pertama selepas manusia dihidupkan, yang wajib dilalui oleh setiap manusia. Tiada seurat benang pun di atas badan pada ketika itu kecuali bagi hamba-hamba yg dipilih oleh Allah swt. Sesungguhnya meniti sirat adalah saat yang getir bagi manusia – lepas ke seberang jika masuk ke syurga Allah, ataupun jatuh ke dalam neraka yang amat dalam dengan api hitam yang tersangat panas.

Semoga allah golongkan kita dikalangan orang yang diganjari dan di kalangan orang yg bekerja di jalanNya.

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online