Berita Utama »

22/05/2013 – 9:55 pm |

                Pada 19 Mei 2013 bersamaan 8 Rejab 1434 H, ISMA Daerah Hulu Langat telah mengadakan satu majlis jamuan penghargaan kepada para pengundi parti BERJASA di Dun Kajang bertempat di Saujana Impian. Majlis yang cukup …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Am

RIADHAH – Amal Yang Kecil Tetapi Memberi Manfaat Yang Besar Untuk Dakwah

Submitted by on 26/04/2009 – 4:17 pm4 Comments

“Abi ni.. kaki terjengket-jengket pun nak turun riadah?” Sapa Sarah anak sulung Ikhwan yang kini berumur 8 tahun. Sarah memang suka bertanya apa sahaja yang dilihatnya pelik. Ya lah, mana ada orang sakit, nak lipat kaki ketika solat pun tak boleh, masih nak turun riadah.

“Kakak, walaupun kaki abi sakit tak boleh main bola, abi masih boleh jalan, kira riadah la tu”. Sebenarnya jauh dihati Ikhwan, pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan itu lebih bernilai baginya selain dapat bermain bola selama 60 minit.

Begitulah kesungguhan Ikhwan dalam menghidupkan program riadah mingguan. Apa yang ada hari ini adalah hasil usaha bersama dengan beberapa orang sahabat sejak dia mula pindah ke Bangi 5 tahun lepas. Kalau ikutkan dia dulu bukanlah kaki bola. Tetapi itulah yang diyakininya dalam tarbiyah ini. “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi (Allah) oleh seorang mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan”, maksud dari sepotong hadis.

Ikhwan masih ingat lagi ketika mula-mula mahu menghidupkan program riadah dulu hanya 5 atau 6 orang sahaja sahabat yang dapat turun setiap pagi ahad di UKM. Itupun termasuk 2 orang anaknya yang sentiasa menjadi teman. Tapi hari ini alhamdulillah ramai remaja, belia dan sahabat-sahabat senior dapat turun. Kalau dulu perlu sms setiap kali ingin turun riadah, tetapi hari ini telah menjadi amal mingguan yang pasti ada melainkan dimaklumkan sebaliknya.

Bagi Ikhwan selain untuk menyihatkan tubuh badan riadah mempunyai beberapa fungsi lain:-

  1. Medan pertemuan dengan ahli-ahli baru dan lama. Semasa bertemu ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah.
  2. Aktiviti riadah mingguan juga boleh dijadikan medan mengumpul mad’u yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah.
  3. Program riadah diakhiri dengan tazkirah yang menjadi suntikan rohani dan motivasi kepada ahli-ahli. Oleh itu ahli-ahli yang tidak bersukan juga dapat manfaat daripada kehadirannya dalam program riadah.
  4. Program riadah dapat membentuk akhlak muslim. Ketika bersukan pastinya akan ada kekasaran. Kadangkala juga seorang akh akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).
  5. Penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya. Riadah juga adalah simbol kepada ciri-ciri tamaiyyuz (perbezaan) sesebuah organisasi dakwah.
  6. Kehadiran ikhwah senior ketika riadah pula boleh menjadi qudwah kepada yang baru. Walaupun dalam kesibukan dalam kerja dakwah dan meningkatnya usia, kehadiran mereka dalam program riadah cukup dirasai dan dihargai oleh generasi pelapis dakwah.

Abang-abang memberi tazkirah selepas riadhah

Dan disana banyak lagi kebaikan untuk dakwah yang lahir daripada program riadah. Oleh sebab itulah Imam Hassan Al-Banna telah menjadikan riadah sebagai salah satu wasilah kepada tarbiyah dan meletakkannya sebagai salah satu wajibat al-akh muslim.

“Akhi, lutut enta tengah sakit tu masih nak main juga ke?” Tanya seorang sahabat, risau. “Alah.. sakit sikit je nak banding dengan kesakitan dan kecederaan pejuang di Palestin” sahut Ikhwan bersahaja sambil memakaikan ‘knee guard’ ke lututnya.

Berbeza dengan aktiviti sukan biasa, riadhah ISMA sentiasa menekankan elemen ukhuwwah pada sepanjang masa.

Oleh: Mohd Noor Azib Asmangi

Tags: ,

4 Comments »

  • noorikhwan says:

    Tambahan point bagaimana Riadah dapat membentuk akhlak muslim terutamanya dalam aspek masa pertemuan. Semua akh bila telah berjanji maka haruslah dia menepati janjinya, kerana di antara ciri-ciri seorang munafiq itu ialah bila dia telah berjanji dia mungkiri.

    Cumanya ana agak risau kerana bilangan remaja yang semakin berkurangan turun. mungkinkan kerana majoritinya telah memasuki asrama?

  • anas says:

    Majlis Ilmu Di MAsjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara

    Dipersilakan muslimin & Muslimat ke Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, malam ini, 27 April 2009 mulai Maghrib.

    Tazkirah oleh Habib Abdul Rahman Al-habsyi & Habib Omar Abdul Aziz dari Jakarta.

    Harap dapat bersama-sama hadir,

    Syukran
    http://pondokhabib.wordpress.com

  • izharhadafi says:

    wah, aktif lagi riadah kat UKM! lama dah ana xjoin sejak pindah ke Cheras. kalau pergi skrg pun dah xkenal kot..

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.