Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Kerajaan Perpaduan

Saya tidak tahu apakah maksud kerajaan perpaduan yang ingin dicadangkan oleh pimpinan PAS dan UMNO dalam corak pemerintahan masadepan Malaysia. Apa yang dapat difahami melalui komentar pimpinan PAS wujud dua arus berbeza antara yang tidak setuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh President PAS dan antara yang setuju.

Perbezaan ini mungkin disebabkan pengalaman berinteraksi dengan UMNO, sikap kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri khususnya Kelantan dan Kedah.

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan duduk dalam satu majlis makan malam anjuran Surau An Nur Bandar Baru Bangi untuk mengutip derma bagi satu kawasan parlimen PAS di Kelantan. Dalam ucapan aluan Dr Haron Din, ahli Parlimen kawasan tersebut dan Ustaz Nik Abdul Aziz ternyata betapa beratnya perasaan yang dipikul oleh mereka akibat sikap kerajaan Persekutuan yang disebut sebai menganaktirikan rakyat dibawah pemerintahan PAS walaupun ahli-ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan ratusan ribu ringgit.

Majlis makan malam tersebut adalah bertujuan bagi menampung kebajikan rakyat dikawasan parlimen terbabit.
Mungkin pengalaman realiti tersebut menjadi batu penghalang kepada Ustaz Nik Abdul Aziz daripada menerima idea kerajaan perpaduan.

Cadangan Kerajaan Perpaduan ketika ini amatlah sesuai ketika UMNO merasai dirinya agak tertekan dengan perkembangan politik terkini. Sebaliknya cadangan ini mungkin akan ditolak sekiranya UMNO masih merasakan dirinya kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagi PAS kedudukan ini amat sesuai untuk menggunakan kaedah “win win” bagi menuntut kedudukan yang baik dalam arus perdana politik tanahair.

Saya ingin membuat andaian kerajaan perpaduan dan implikasinya kepada ummah.

Secara mudahnya saya memahami bahawa kerajaan perpaduan adalah PAS bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan sama ada disertai oleh MIC dan MCA atau tidak. Senario ini lebih mudah terlaksana daripada membentuk kerajaan perpaduan dengan menggabungkan semua parti politik di Malaysia dalam ertikata kerajaan tanpa pembangkang.

Sekiranya kerajaan perpaduan ini menjadi realiti apakah baik buruknya kepada perjuangan Islam di Malaysia amnya serta UMNO dan PAS khasnya . ?

Perpaduan, penyatuan antara dua parti politik Melayu ini secara logiknya boleh mengukuhkan perpaduan ummah dan merapatkan jurang yang renggang selama ini. Secara langsung akan menghilangkan pertembungan ummah dalam semua generasi bermula dari tadika, remaja sekolah, belia di IPT dan ahli masyarakat. Sebaliknya semua tenaga, masa dan wang boleh diarahkan kepada objektif membangunkan modal Insan dan institusi negara bagi menghadapi arus globalisasi yang amat mencabar.

Pertembungan dua aliran politik sejak sekian lama menjadikan umat Islam di Malaysia menghabiskan masa dalam berbincang mengenai isu-isu politik daripada menumpukan perhatian kepada agenda membangunkan ummah.

Antara faedah kerajaan perpaduan:

Semua idea-idea pembangunan, muhasabah dan sebagainya dapat dibincangkan dalam bentuk budaya mesyuarat, saling menghormati bukan dalam bentuk debat yang bersifat saling membangkang.

Dasar-dasar yang lahir daripada budaya ini akan mendapat dokongan rakyat tanpa berbelah bahagi dan keadaan ini akan melonjakkan lagi pencapaian dan matlamat yang digariskan.

Kerajaan-kerajaan negeri akan mendapat peruntukan sama rata bagi membuat pembangunan negeri dan masyarakat. Begitu juga semua wakil rakyat akan mendapat peruntukan sama rata bagi menyumbang kepada pembangunan kawasan masing-masing.

Wakil-wakil rakyat selepas ini akan di nilai berasaskan kualiti kerja mereka bukan lagi kepada latarbelakang parti politik yang mereka anggotai. Pilihanraya adalah bertujuan memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti bukan parti yang mereka anggotai.

Dari sudut sosial pula akan berlaku satu anjakan budaya baru dimana puak-puak yang sering bertelingkah ketika memilih ajk surau dan masjid dan sebagainya akan dapat ditamatkan. Sebaliknya institusi tersebut boleh ditadbir secara bersama atau berasaskan pilihan masyarakat setempat.

Kedua-dua pihak boleh menumpukan aktiviti ke arah membagunkan jati diri ummah secara terancang, terfokus dan digerakkan secara bersama. Institusi Ulama, JAKIM dan majlis agama negeri akan mendapat dokongan ummah dalam menggerakkan agenda pembangunan ummah. Ustaz-ustaz, guru-guru yang sering mendapat tempias aliran politik dan perjuangannya sebelum ini akan sibuk memfokuskan tanggungjawab mereka kepada pendidikan dan pembangunan pelajar.

Kalau dahulu NGO-NGO yang nonpartisan akan dianggap sebagai bersekongkol dengan kerajaan akan menjadi badan yang mendapat sokongan ummah dalam membantu membangunkan ummah.

Perpaduan antara PAS dan UMNO memungkinkan beberapa tokoh PAS yang berkaliber mendapat jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri bagi membangunkan ummah melalui kuasa politik. Penggabungan ini juga memberi nilai tambah kepada kekuatan Islam dalam kerajaan pada pandangan bukan Islam. Ia akan melahirkan perasaan haibat dikalangan masyarakat bukan Islam. Kekuatan ini akan memudahkan dasar-dasar Islam dilaksanakan dan diperkemaskan di negara ini.

Semua intitusi agama sepeti JAKIM, JAPIM, IKIM, Majlis agama Negeri, Jabatan Mufti dan sebagainya dapat digerakkan dengan lebih maksima bagi mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.

Kekuatan ini akan mengembalikan siqqah ummah kepada kepimpinan negara dan mendapat ketaatan rakyat. Siqah rakyat kepada pemerintah merupakan aset penting dalam menjayakan semua dasar kerajaan.

Kalau sebelum ini ada syarikat-syarikat dan individu umat Islam yang melarikan diri daripaa membayar cukai dan zakat kepada kerajaan akan kembali menunaikannya kepada kerajaan. Sikap ini akan mengukuhkan lagi dana bagi pembangunan ummah. Malah rakyat akan merasai mentaati pemerintah adalah ibadah yang sebelum ini ada dikalangan mereka menganggap kerajaan adalah musuh.

Namun kerajaan perpaduan ini tetap akan menghadapi cabaran antaranya:

Kegerunan golongan bukan Islam bahawa penyatuan PAS dan UMNO akan mengukuhkan umat Islam dan menjadikan mereka akan terpinggir daripada arus perdana politik Malaysia.

Kedua, ketidakyakinan sesetengah pihak dalam PAS terhadap keikhlasan dan kesungguhan UMNO untuk memenuhi syarat-syarat dan janji yang bakal dituntut oleh PAS.

Ketiga, keperluan kedua-dua pihak untu berkongsi kuasa dan kemungkinan berlaku pembahagian jawatan dan ada yang akan digugurkan dariipada jawatan sediaada bagi memenuhi kuota perseimbangan kuasa.

Namun demi kepentingan dan kemaslahatan ummah dan generasi masa hadapan khususnya kedudukan Islam saya mendoakan kerajaan perpaduan ini berjaya dilaksanakan atau sekurang-kurangnya satu muzakarah yang ikhlas daripada kedua-dua pihak bagi membincangkan kepentingan ummah terlaksana.

Ustaz Annuar Salleh
YDP ISMA DHL
http://renungan2u.wordpress.com

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online