Berita Utama »

31/05/2013 – 2:35 pm |

Tweet

Tinggal kurang daripada 2 bulan lagi untuk kita memasuki ramadhan al-mubarak, ayuh tingkatkan amal ibadat seperti mana saranan ar-Rasul s.a.w. dan perbanyakkan puasa kita. Semoga Ramadhan al-mubarak hadir di saat kita telah siap siaga menempuh …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Am

Iktikaf Melatih Diri Bersendirian dengan Allah swt

Submitted by on 16/09/2009 – 12:39 pmOne Comment
Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

Ahli-ahli ISMA beriktikaf di Masjid UIA

21-23 Ramadhan (11-13 September 2009) – Bermula lewat petang 21 Ramadhan, ahli-ahli ISMA DHL telah mula berkumpul di Masjid UIA untuk berkampung selama 3 hari 2 malam, beriktikaf di sana bersama dengan ahli-ahli yang lain dari sekitar Selangor. Dengan suasana di Masjid UIA yang ‘hidup’ pada malam-malam Ramadhan, lebih dari 100 ahli ISMA telah hadir.

Tazkirah Ustaz Abdulah Zaik, Presiden ISMA

Di samping beribadah, Ustaz Abdullah Zaik sempat berkongsi dalam tazkirah beliau sedikit sebanyak tentang ibadah iktikaf. Beliau bermula dengan berpesan bahawa terlalu ramai di kalangan kita yang menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Allah swt ke atas manusia. Perkara-perkara ini termasuklah rezeki dan kesenangan dunia. Segalanya telah pun Allah tetapkan untuk kita, maka memadailah sekiranya kita berusaha dengan tenang, bersungguh-sungguh tetapi tidak berlebihan. Jangan kita lupa tentang masa depan akhirat kita yang belum pasti dan berusaha untuknya. Maka berpadananlah sekiranya kita merasakan bahawa akhirat adalah sesuatu yang perlu kita risaukan dan jiwa kita jauh dari rasa tenang bahawa kita telah selamat dari seksa neraka. Dunia ini semata-mata hanyalah perjalanan kita menjadi hamba Allah swt. Hubungan hamba dengan tuannya tidak sama dengan hubungan pekerja dengan majikannya. Tuan hamba mempunyai kuasa mutlak ke atas hamba. Kaya atau miskinnya kita, yang dinilai oleh Allah akhirnya ialah sifat ubudiyyah kita kepada Allah swt. Di mana sahaja kita berada, tugas kita, nikmat yang kita perolehi, apapun pangkat kita … semuanya ialah untuk kita memenuhi ciri-ciri ubudiyyah kepada Allah swt. Maka jadilah kita saudagar peniaga yang adil, orang miskin yang bersabar, pemerintah yg adil, ahli ibadat yg ikhlas. Walau apapun ‘gelaran’ kita, apa yang perlu hanyalah sifat ubudiyyah kepada Allah.

Tazkirah selepas subuh bersama Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA

Tazkirah selepas subuh bersama Ustaz Abdullah Zaik

Oleh itu, ibadat iktikaf ialah untuk melatih dan mengasah sifat ubudiyyah ini dalam diri kita. Tatkala berada dalam kubur nanti, kita keseorangan, kita sunyi, kita ketakutan. Yang ada hanyalah Allah swt. Ketika beriktikaf, kita memutuskan hubungan kita dengan semua urusan dunia dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Allah swt. Qiyam kita, tadarus kita, hatta tidur sekalipun, kita niatkan hanyalah untuk Allah swt. Kita melatih diri kita bersendirian dengan Allah swt. Moga-moga kita tidak merasa bersendirian ketika di alam barzakh, ameen.

Kita melatih diri kita bersendirian dengan Allah swt. Moga-moga kita tidak merasa bersendirian ketika di alam barzakh…

Tazkirah bersama Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, merangkap pengarah program iktikaf

Tazkirah bersama Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, merangkap pengarah program iktikaf

Tazkirah Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL

Ustaz Annuar Salleh pula sempat berkongsi ciri-ciri seseorang yang zuhud. Menurut seerah, 9 daripada 10 sahabat Rasulullah saw yang dijanji oleh Allah swt syurga adalah saudagar-saudagar kaya. Jelas bahawa zuhud bukanlah terletak pada sifat kaya atau miskin seseorang. Kaya tetapi tidak takut akan kehilangan harta demi jihad itulah zuhud. Sebaliknya, miskin tetapi tidak bersabar bukanlah zuhud. Ustaz Annuar juga mengingatkan para hadirin tentang keikhlasan diri dalam berdakwah. “Tegakkan Islam dlm diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di sekeliling kamu”.. dari kata-kata Imam Hasan Al-Hudaiby yang masyhur ini, terpahat kata-kata yang memestikan setiap kita berusaha mentarbiyah diri dalam berusaha meninggikan agama Islam. Aspek tarbiyah diri mesti tidak boleh dilupakan dalam usaha membetulkan masyarakat.

Tadarus, amalan ampuh semasa beriktikaf

Tadarus, amalan ampuh semasa beriktikaf

Selamat meneruskan perjuangan memburu Laylatul Qadar. Semoga dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Doa kami semoga kita semua dikurniakan keampunan oleh Allah swt di akhir Ramadhan, keluar kita dari Ramadhan bak bayi yang bersih dari dosa. Semoga kita dapat menyambut kemenangan ke atas kebatilan di Aidilfitri.

Tags: , , , , , , ,

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.