Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Haflah Aidilfitri ISMA DHL 2009 Sederhana Tetapi Meriah

Saudara Mohd Nor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Saudara Mohd Noor Azib Asmangi, NYDP ISMA DHL, menyampaikan duit raya

Bandar Baru Bangi, 10 Oktober – ISMA Cawangan Hulu Langat (DHL) menganjurkan Haflah Aidilfitri pada tahun ini buat julung kalinya di pejabat baru di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Tetamu jemputan kali ini terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Ibu Tunggal Bandar Baru Bangi, Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).  Di samping itu juga, para ahli beserta seisi keluarga masing-masing dan rakan taulan turut memeriahkan sambutan Aidilfitri ini yang dianjurkan secara sederhana.

Haflah Aidilfitri ini dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Di-Pertua ISMA DHL, Ustaz Annuar Salleh. Seterusnya para jemputan dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya yang tidak kurang enaknya.

Mengambil peluang beramah mesra dengan Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL

Mengambil peluang berinteraksi dengan Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL

Sambil menikmati juadah yang disajikan, para jemputan dan tetamu terutama kanak-kanak turut dihiburkan dengan persembahan nasyid kontemporari oleh Kumpulan Nasyid Pembina.

Naib Yang Di-Pertua ISMA DHL, Saudara Mohd Noor Azib Asmangi, turut mengambil kesempatan bagi pihak penganjur untuk menghulurkan kelongsong berisi duit raya kepada anak-anak para tetamu dan jemputan yang hadir.

Menjamu selera sambil beramah mesra

Menjamu selera sambil beramah mesra

Secara keseluruhan, Haflah Aidifitri ini mengeratkan ikatan ukhuwwah sesama ahli dan keluarga masing-masing serta rakan taulan.  Program ini juga memperkenalkan ISMA DHL secara lebih dekat lagi di kalangan para ibu tunggal di sekitar Bandar Baru Bangi.  Walaupun serba sederhana, majlis tersebut tetap meriah.


Khairudin Ali
SU, ISMA DHL

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online