Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Perihal Baitul Muslim

Setelah mengaku sebagai Islam seseorang itu mestilah menyakini bahawa dia memiliki risalah dalam hidupnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan kehidupannya tunduk kepada risalah tersebut. Kemudian tidak cukup dengan hanya dia seorang sahaja yang memiliki risalah tersebut, seorang akh muslim mestilah merasakan tanggungjawab untuk menyebarkan risalah tersebut kepada orang lain.

Langkah pertama dan langkah yang sejajar dengan tabiat agama Islam dalam bidang ini ialah dengan saya membentuk rumahtangga saya supaya menjadi rumahtangga muslim. Saya adalah bertanggungjawab menegakkan Islam dalam masyarakat rumahtangga saya yang kecil ini. Saya bertanggungjawab menyampaikan Islam kepada keluarga saya, isteri saya, anak-anak saya…” ~ Ustaz Fathi Yakan

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” – maksud hadis saw riwayat al-baihaqi.

Baitul Muslim adalah satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim

Ustaz Fathi Yakan, dalam buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam menyebut “Langkah pertama dan langkah yang sejajar dengan tabiat agama Islam dalam bidang ini ialah dengan saya membentuk rumahtangga saya supaya menjadi rumahtangga muslim. Saya adalah bertanggungjawab menegakkan Islam dalam masyarakat rumahtangga saya yang kecil ini. Saya bertanggungjawab menyampaikan Islam kepada keluarga saya, isteri saya, anak-anak saya kemudian saya bertanggungjawab pula menyampaikan Islam kepada kaum kerabat saya dan inilah cara yang telah diikuti oleh Rasulullah saw di permulaan dakwah”

Begitu juga dalam rukun amal Ikhwanul Muslimin, imam Hassan Al Banna sangat menitik beratkan aspek amal untuk ahli-ahlinya. Amal soleh adalah manifestasi kepada iman dan kedua-duanya (amal dan iman) merupakan sebab kepada kemenangan di dunia dan akhirat. Menurut al-Imam lagi, beramal dalam medan dakwah agar agamanya tertegak di muka bumi dan mendirikan negara Islam adalah bidang amal yang paling afdhal. Beliau seterusnya menggariskan peringkat amal yang praktikal selepas membentuk peribadi Muslim ialah mendirikan Baitul Muslim.

Berlandaskan kepada hujah di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa Baitul Muslim adalah satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Kejayaan kepada fikrah yang diimani seseorang itu bergantung kepada kejayaanya mendirikan Baitul Muslim. Oleh itu setiap persediaan dan proses yang dilakukan dalam mendirikan baitul muslim juga adalah penting. Sesuatu perkara itu akan menjadi wajib sekiranya sesuatu yang wajib tidak akan tertegak melainkan kerananya (perkara itu). Kejayaan dalam mendirikan Baitul Muslim tidak akan tercapai melainkan setelah dilakukan beberapa perkara sebelum berkahwin:

  1. Perkahwinan mestilah kerana Allah dan dengan tujuan untuk mendirikan sebuah keluarga muslim.
  2. Berkahwin dengan tujuan untuk menjaga pandangan, kehormatan dan bertaqwa kepada Allah.
  3. Memilih pasangan yang dapat berkongsi misi dan visi hidup (berdakwah kepada Allah).
  4. Pasangan yang dipilih mestilah berakhlak dan berpegang teguh dengan agama, walaupun kurang berharta dan rupa.
  5. Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam memilih pasangan hidup.

Kepada yang telah mendirikan baitul muslim, semoga rumahtangga yang dibina selari dengan tabiat dan tuntutan agama ini, iaitu rumahtangga dakwah. Menghidupkan sebuah rumahtangga dakwah pula merupakan satu lagi proses dalam kehidupan kita untuk menuju kepada Allah. Kita dirikan rumahtangga dakwah dengan merujuk kepada sirah dan pengalaman saudara-saudara yang terlebih dahulu daripada kita.

Kepada yang masih belum bersedia mendirikan baitul muslim, perlu dinilai apakah puncanya. Saban kali kita mendengar dari rakan-rakan yang baru berkahwin berkata “kalaulah aku tahu keseronokan berkahwin, dah pasti awal-awal lagi aku kahwin” keseronokan bukan dari sudut luaran dan emosi semata tetapi keberkatan yang melahirkan perasaan sakinah, mawaddah dan rahmah anugerah yang dijanjikan Allah swt.

Saya bertanggungjawab menyampaikan Islam kepada keluarga saya, isteri saya, anak-anak saya…

Untuk itu dikesempatan ini sama-sama kita ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat kita yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ini:

  1. Saudari Nurulhuda Baharin & Mohd Fauzi Abd Hamid – 21 Nov di Pantai Remis, Perak.
  2. Saudari Siti Aishah Hj. Rusdan & Nur Arif Che Mat – 22 Nov di Lanchang, Pahang.
  3. Saudari Wan Nurhanani Wan Mohd Nor & Afandi Yusoff Bakti – 28 Nov, K.Bharu, Kelantan.
  4. Saudari Nurul Azizah Omar & Amiruddin Husain Ahmad Kamal – 12 Dis, Kuala Besut, Terengganu
  5. Dr Ummu Harieza binti Abdul Aziz & Hamzah bin Sakeran, Ahad 13 Disember di Seksyen 3/4F, Bandar Baru Bangi

“Barakumullah wabaraka alaikum, wajama’a bainakum fil khair”

“Semoga keberkatan Allah untuk kamu semua dan menghimpunkan kamu semua di dalam kebaikan”

Semoga perkahwinan saudara saudari akan menyemarakkan lagi amal kalian dalam dakwah.


Mohd Noor Azib Asmangi
NYDP ISMA DHL

Related Articles

1 Comment

  1. datin 24/11/2009 at 4:59 pm

    bahagianya keluarga itu..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online