Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

ISMA DHL Bantu Jayakan Majlis Makan Malam Aman Palestin

Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL, bergambar bersama saudara-saudara Palestin yang diraikan

Kuala Lumpur, 23 Mei 2010 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat telah turut serta dalam menjayakan Majlis Makan Malam Amal Bantuan Perubatan Mangsa Perang Gaza Palestin anjuran Aman Palestin Berhad.

Majlis makan malam amal ini yang bertempat di Perdana Ballroom, Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh sekitar 1,000 orang tetamu yang memenuhi 100 meja melalui tiket-tiket yang dibeli. Para tetamu terdiri daripada dermawan-dermawan individu, wakil-wakil badan korporat dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ustaz Abdullah Zaik, Pengerusi Aman Palestin, menyampaikan ucapan

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh juara qari Akademi Al-Qur’an, siaran realiti TV9.  Kemudian, Presiden Aman Palestin Berhad, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, menyampaikan ucapan alu-aluan kepada tetamu.  Beliau telah menyatakan objektif majlis makan malam diadakan bertujuan menampung kos perubatan mangsa perang Gaza, Palestin selepas serangan kejam tentera negara haram Israel ke atas Gaza, Palestin pada penghujung 2008 dan awal tahun 2009.

Hadirin juga dihidangkan dengan video korporat Aman Palestin dan diselang selikan dengan hiburan melalui persembahan nasyid oleh tiga kumpulan nasyid tempatan iaitu Marjan, INTIM dan Nazrey Johani.

Hadirin dijamu dengan juadah masakan tempatan yang enak dan lazat dan beraneka hidangan.

Majlis yang dipengerusikan oleh DJ Razak dari IKIM FM turut mengemudikan acara lelongan barangan bermutu tinggi iaitu replika Masjid Al-Aqsa yang diterbangkan khas dari Jordan serta kepingan logam kubah masjid timur tengah tinggalan khazanah silam Islam.  Jumlah yang dilelong agak memberangsangkan.  Ini menunjukkan di sana ada terdapat dermawan-dermawan yang prihatin terhadap keadaan saudara seagama beribu batu dari tanah air berbanding keadaan rakyat di Malaysia yang hidup dengan serba mewah dengan segala sumber kekayaan dan hidup dalam keamanan.

Ustaz Aznan Hassan memenangi bida jualan untuk mengumpul dana Palestin

Sebelum ini, ISMA Hulu Langat telah sedikit sebanyak membantu Aman Palestin dalam jualan tiket kerusi dan meja majlis makan malam tersebut. Tidak kurang juga sumbangan terus wang yang diperolehi dari badan-badan kebajikan agensi kerajaan dan sektor swasta.  Semoga amal yang dilakukan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Diharapkan Aman Palestin dapat mengumpulkan sejumlah dana yang mencukupi yang diperlukan bagi tujuan yang tersebut.

Khairudin Ali
Setiausaha ISMA DHL

Tagged with:

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online