Asas Perubahan Diri Adalah Sedar

Asas perubahan diri adalah sedar

Terjaga dari kelalaian
Terjaga daripada mimpi indah
Fatamorgana dunia.

Bahtera umur sudah menghampiri penamat
Sedangkan ruh tertinggal dipengkalan
Dipagar api nafsu dunia
Yang mendepa asap hitam tebal
Menutup mata hati daripada membuat pilihan
Menagguhkan keazaman daripada membuat keputusan
Untuk berlayar bersama Nuh dibantera Iman.

Wahai Insan hujan sudah lama turun
Bumi pula sudah lama membuakkan air
Sedarlah…. !
Kamu hanya bermimpi disiang yang berkabus.

Ayuh Nuh memanggilmu bersamanya..

Ustaz Annuar Salleh
YDP ISMA DHL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *