Berita Utama »

31/05/2013 – 2:35 pm |

Tweet

Tinggal kurang daripada 2 bulan lagi untuk kita memasuki ramadhan al-mubarak, ayuh tingkatkan amal ibadat seperti mana saranan ar-Rasul s.a.w. dan perbanyakkan puasa kita. Semoga Ramadhan al-mubarak hadir di saat kita telah siap siaga menempuh …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Aktiviti

ISMA DHL Berbesar Hati Sambut Ahli Baru

Submitted by on 08/06/2010 – 3:25 pm4 Comments

Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL, bersama para ahli yang hadir

Bandar Baru Bangi, 30 Mei 2010 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat telah mengadakan satu majlis ramah mesra bagi mengalu-alukan seramai 18 orang ahli baru. Mereka telah diraikan dalam satu majlis ringkas tetapi meriah. Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah YDP, NYDP, AJK ISMA DHL dan sebahagian ahli ISMA DHL.

Dalam ucapan aluan-aluannya, YBhg Ustaz Annuar bin Salleh, YDP ISMA DHL telah berkata, “Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Kita mendapat nikmat ukhuwwah fillah. Kita bertemu di atas kefahaman manhaj taghyir (manhaj perubahan berdasarkan gerak kerja individu). Kita memelihara amal dakwah dalam semua suasana”.

Beliau juga berpandangan bahawa perlunya membawa perubahan kepada masyarakat melalui usaha-usaha melahirkan murabbi yang menjadi contoh kepada masyarakat. ISMA melihat ini sebagai suatu yang perlu dilahirkan oleh sesuatu gerakan dakwah.

“Sebenarnya keseluruhan aktiviti kita adalah tarbiyah. Pada masa yang sama, perlu ada keseimbangan dengan kehidupan, hak isteri, hak anak-anak dan sebagainya”.


Saudara Mohd Noor Azib Asmangi, NYDP, seterusnya membentangkan perkembangan aktiviti ISMA DHL sehingga kini untuk makluman para hadirin.

Majlis diakhiri dengan perkenalan ahli-ahli baru kepada ahli-ahli yang sedia ada. Sebelum majlis bersurai, semua tetamu telah dihidangkan dengan santapan jamuan makan tengahari.

Setiausaha ISMA DHL

4 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.