Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pandangan Ikhwanul Muslimin tentang Nasionalisme dan Cinta Bangsa

Imam Hassan Al-Banna telah membicarakan dengan mendalam tentang perkauman, nasionalisme, patriotisme dan lain-lain dalam risalah Dakwatuna. Saya kongsikan sedikit keratan dari risalah tersebut:

NASIONALIS KETINGGIAN

“Sekiranya nasionalis yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan prinsip ini ialah generasi mendatang harus mengikut generasi yang terdahulu di sudut kemuncak ketinggiannya, kebesarannya, pintar dan mempunyai himmah tinggi; orang yang terdahulu mestilah menjadi contoh yang baik kepada generasi mendatang; kebesaran nenek moyang adalah sesuatu yang dibanggakan oleh anak cucu dan mereka mendapat semangat dan ruh didorong oleh hubungan keturunan, maka ini adalah suatu tujuan baik yang kita galakkan dan kita terima.

Adakah di sana suatu bekalan bagi kita untuk membangunkan himmah generasi sekarang kecuali dengan meniupkan keagungan generasi yang silam. Boleh jadi isyarat telah ada untuk tujuan ini dalam sabda RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam … “Manusia itu galian, mereka yang terpilih dalam jahiliahnya, mereka itulah juga yang terpilih sesudah Islamnya sekiranya mereka faham”.

Sekarang saudara telah melihat bahwa Islam tidak menegah nasionalis dengan pengertian yang tinggi dan baik ini.

NASIONALIS UMMAT

Sekiranya yang dimaksudkan dengan nasionalis itu bahawa; keluarga seseorang itu juga ummatnya adalah manusia yang lebih utama untuk menerima kebaikannya, lebih berhak untuk menerima ihsan dan hasil jihadnya, ini juga adalah benar dan hak. Siapakah yang tidak menganggap bahawa kaum tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan itulah manusia yang lebih berhak menerima hasil penat lelahnya. Penyair berkata:

Demi umurku, sebaik peninggalan seorang ialah kabilahnya sekalipun mereka itu di puncak awan dan beliau di perut bumi.

NASIONALIS PENYUSUNAN

Sekiranya yang dimaksudkan dengan nasionalis itu bahawa kita pada keseluruhannya adalah dituntut agar bekerja dan berjihad; tiap-tiap jamaah berkewajipan mencapai matlamat masing- masing hingga Insya Allah kita bertemu di satu kemuncak kemenangan, maka inilah pembahagian yang direstukan.

Siapa lagi yang kita harapkan selain dari mereka yang mendorong ummat- ummat timur dalam beberapa kumpulan, tiap-tiap kumpulan bekerja di medan masing-masing, hingga kita seluruhnya bertemu pada satu kemuncak kemerdekaan dan kebebasan yang gemilang.

Seluruh pengertian ini dan pengertian yang seumpamanya adalah satu pengertian nasionalis yang baik dan mengkagumkan. Islam tidak menolaknya -sedang Islam adalah neraca kita- malah kita membukakan dada kita menerima dan menggalakkannya.”

Ahli ISMA DHL

2 Comments

  1. Mehmed Zuehuriye 16/02/2011 at 10:06 am

    Biarlah kita mendahulukan islam dan nasonalis datang kemudian…
    cintailah islam dan pasti kita mencintai bangsa kita dan bangsa lain..
    tiada fahaman nasionalis kebangsaan dalam islam yang kita perjuangan ialah kesatuan dlm agama… fahaman nasionalis kebangsaan adalah fahaman yang di bawa oleh barat yang menjadi salah satu perpecahan kaum arab yang akhirnya salah satu sebab yg menyebabkan kejatuhan khilafah uthmaniyah dahulu… nasionalis adalah tunjang kepada sistem pecah dan perintah……

  2. ikram isma dhl 17/02/2011 at 5:56 pm

    Penulis berkongsi tulisan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Seperti yang tertulis, Hasan Al-Banna tidak menolak nasionalisme secara total. Bagi sesiapa yg mengimani manhaj perubahan yang dibawa oleh Hasan Al-Banna, maka inilah jalannya. Jika yakin pada jalan lain, ahlan wa sahlan, moga kita semua menuju matlamat yang sama yakni meninggikan Islam di muka bumi. Berlapang dadalah dengan perbezaan pemikiran. Sesungguhnya yang lebih baik antara kita ialah yang lebih kuat taqwanya. Wallahua’lam.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online