Jemputan ke Karnival Bersamamu Palestin

Assalamu’alaikum warahmatuLlahi wa barakatuh.

Anda semua dijemput sama-sama hadir dan memeriahkan KARNIVAL BERSAMA BERSAMAMU PALESTIN yang akan diadakan pada 23 APRIL – 1 MEI 2011 dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di TAPAK LETAK KERETA PKNS BANGI.

Antara aktiviti menarik yang boleh disertai oleh segenap lapisan umur ialah:

1) Pertandingan mewarna kanak-kanak amal “FREE PALESTINE” pada 24 APRIL (AHAD) pada pukul 11.00 am sehingga 1 pm dengan yuran penyertaan sebanyak RM 5 sahaja (yurang penyertaan ini akan dimasukkan ke dalam tabung Palestin). Ayuh mewarna sambil beramal. InsyaAllah

2) Pada pukul 9 malamnya pula akan diadakan tayangan video Gaza Al-Abiyyah (Gaza never Surrender)

3) Selain itu, akan diadakan FUTSAL AMAL MEREBUT GELARAN SOLAHUDDIN AL-AYYUBI pada 30 April (Sabtu), pada pukul 8am sehingga 12 pm bertempat di gelanggang bersebelahan PKNS Bangi. Penyertaan terbuka kepada dua kategori : 19 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah. Yuran berkumpulan hanya RM 50 sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Azrin Samsuddin di talian 018-2913501.

4) dan insyaAllah pada sebelah malamnya pula, pada pukul 9.00 malam akan diadakan FORUM MEMPERINGATI 63 TAHUN NAKBAH PALESTIN

5) Pada 1 Mei (Ahad) pukul 3.00 petang pula akan diadakan PIDATO PALESTIN yang akan dipersembahkan oleh adik-adik daripada AMPAC dan pemenang pertandingan Pidato Palestin yang lepas. InsyaAllah.

6) Pada pukul 9.00 malam tersebut pula akan diadakan Malam Kesenian Bersamamu Palestin sebagai acara penutup Karnival Bersamamu Palestin. Jika anda ada yang berminat untuk membuat persembahan puisi, nasyid, pentomem atau lain-lain sangat dialu-alukan. Persembahan haruslah bertemakan Palestin.

Jemput datang bersama keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan. Ayuh hadir bersma memeriahkan Karnival Bersamamu Palestin. Tunjukkan sokongan anda kepada Palestin!

Wassalamu’alaikum warahmatuLlahi wa barakatuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *