Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Gunakan Peluang Perkasakan Keluarga Dalam Kesukanan

30 April, BANDAR BARU BANGI – Lebih daripada 15 pasukan anak muda menyatakan sokongan dengan menyertai pertandingan futsal anjuran Aman Palestin untuk merebut gelaran Solahuddin al-Ayubi semasa Karnival Bersamamu Palestin baru-baru ini termasuk ISMA DHL sendiri.

“Nama-nama pasukan yang menyertai pertandingan ini menunjukkan masyarakat tidak lupa dengan perjuangan Palestin” ulas saudara Muadz, salah seorang pemain untuk pasukan ISMA DHL semasa membaca senarai pasukan yang menyertai pertandingan tersebut, antaranya ialah Filistin, Ismael Haneyya, Sheikh Izzuddin al-Qassam, Marvi Marmara dan pelbagai lagi.

Berdepan dengan anak-anak muda remaja, pasukan ISMA DHL yang dibarisi oleh para belia terpaksa akur dalam pusingan liga pertama dengan satu kemenangan dan dua kekalahan tipis, melayakkan mereka ke pusingan liga seterusnya dan berjaya merangkul naib juara dalam liga tersebut.

“Bersukan dan bermain bola ini sebahagian daripada tuntutan dakwah ini sendiri, selain daripada kewajiban menjaga tubuh badan pinjaman Tuhan ini,” kata saudara Aizuddin dalam membincangkan isu keseimbangan masa seharian para remaja hari ini.

Berbincang mengenai isu remaja dan keluarga, para pemain untuk ISMA DHL pada hari tersebut bersetuju bahawa bola sepak atau sukan lain di Malaysia tidak dijadikan aktiviti keluarga seperti mana di negara-negara lain, sebaliknya program-program seperti Akademi Fantasia dan Mentor yang dijadikan peluang beraktiviti bersama keluarga.

Saudara Faisal dalam mengulas perbincangan itu berkata,”Kalau di Australia atau UK, makcik-makcik bawa anak-anak mereka bersama-sama ke stadium untuk menikmati perlawanan pasukan yang mereka sokong, mereka menggunakan peluang ini untuk bersama keluarga tercinta.”

Keluarga adalah batu asa kepada sesuatu masyarakat, kehadiran dan kelahiran keluarga yang hebat akan menuju kepada satu masyarakat yang hebat.

ISMA dan PEMBINA akan menganjurkan Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011, satu konvensyen membicarakan isu kekeluargaan khususnya dalam konteks Malaysia hari ini, untuk maklumat lanjut boleh rujuk www.konvensyenkeluarga.net atau emelkan kepada info@konvensyenkeluarga.net

Related Articles

1 Comment

  1. ummukhaulah 05/05/2011 at 5:15 pm

    “Go, Abi, go!”.. Khaulah jumping while watching her abi playing futsal. (Khaulah is the daughter of Aizuddin in this team)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online