Mengesani Masyarakat Adalah Hasrat Bersama

CHERAS 17 Mei – ISMA DHL dan PEMBINA Bangi memenuhi jemputan JKKK Sungai Lui dalam membina hubungan dan kerjasama yang lebih erat untuk masa depan anak-anak bangsa di kawasan tersebut.

Encik Fuad, wakil JKKK Sg Lui ketika melahirkan harapan besarnya kepada ISMA untuk turut sama dalam membangunkan jatidiri masyarakat di kampung tersebut berkata, “kampung ini adalah satu medan realiti untuk ISMA menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat dan saya sedia bekerjasama untuk membangunkan kualiti modal insan di kampung ini”.

En. Alias selaku Ketua Kampung bersama En. Fuad telah membawa delegasi rombongan daripada ISMA dan PEMBINA yang diketuai oleh Pemangku YDP ISMA DHL, Saudara Azib Asmangi melawat sekitar kampung-kampung di kawasan tersebut dengan tujuan memperlihatkan potensi-potensi pengembangan dakwah dan ekonomi yang terabai tanpa pengusaha.

“kita harus think big!” itulah kata-kata yang diucapkan oleh Ketua Kampung, En. Alias ketika menerangkan hasrat dan harapan beliau agar semua infrastruktur yang terbiar serta peluang-peluang ekonomi yang tidak digarab itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ISMA dan PEMBINA.

Saudara Azib ketika mengakhiri lawatan telah bersetuju untuk memulakan hubungan ini dengan kerjasama menganjurkan satu program terlebih dahulu dan akan disusuli dengan kerjasama-kerjasama yang lain sebagai tanda optimis terhadap peluang dan tawaran yang lebih diberikan oleh En. Alias dan En. Fuad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *