Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Perkongsian bersama Prof. Mohd Hesham Husni Saqr

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana saya berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama seorang Tokoh Dakwah yang datang dari Mesir sempena kedatangannya ke tanahair baru-baru ini. Tokoh yang saya maksudkan ialah Al-Akh Prof. Mohd Hesham Husni Saqr beliau adalah antara aktivis dakwah yang banyak bergaul dengan para pelajar malaysia di Mesir satu ketika dahulu. Bersama ini saya catatkan sedikit isi-isi penting ceramah beliau.

Di permulaan pembantangan ini ramai yang akan menyangka saya akan berbicara dengan panjang lebar berkaitan dengan perkembangan dan situasi perubahan yang sedang berlaku di Mesir, Tunisia, Yaman dan negara-negara lain. Ini adalah kerana ramai menyangka bahawa perubahan yang sedang berlaku di sana adalah perubahan Islam.

Dalam pertemuan ini saya tidak akan berbicara berkaitan tajuk diatas kecuali di permulaan ceramah ini kerana ia tidak menjurus kepada tajuk perbincangan kita yang sebenar.

Hakikatnya apa berlaku di Mesir, Tunisia, Yaman dan Seumpamanya, ianya tidak boleh dinamakan kebangkitan Islam. Sebenarnya apa yang berlaku adalah kebangkitan rakyat menentang kefasadan dan sifat melampau pemerintah sedia ada di negara-negara tersebut.

Sebagai contoh yang dekat dengan saya, Negara Mesir setelah jatuh pemerintah yang sedia ada kita melihat umat masih jauh dengan Islam bahkan mereka jahil tentang agamanya. Mana mungkin Islam boleh tertegak dalam masyarakat seumpama ini.

Satu lagi persoalan yang mungkin berlengar di pemikiran kita ialah adakah sekiranya kita inginkan perubahan berlaku di tempat kita, kita mesti menggunakan pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan di Mesir? Dengan mengadakan demontrasi jalanan dan seumpamanya? Bagi saya jawapannya adalah tidak semestinya begitu. Setiap negeri mempunyai suasana dan keadaannya yang tertentu yang hanya sesuai untuk negeri tersebut, tidak semestinya semuanya menggunakan pendekatan yang sama.

Antara noktah penting yang Ikhwan Muslimin Mesir pelajari daripada kebangkitan ini ialah umat masih jauh dari memahami kesyumulan Islam yang sebenar. Oleh itu IM berpendirian untuk memfokuskan amal di peringkat ini kepada mendidik umat memahami Islam yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta Usul Isyiriin Tinggalan Imam Al-Banna khususnya Usul yang pertama berkaita kesempurnaan Islam. Jadi kami memahami masalah sekarang bukan sekadar masalah mendapat kuasa pemerintah tetapi masalah utama ialah mendidik dan memahamkan umat berkaitan kesyumulan Islam. Oleh itu pada masa ini IM tidak berminat untuk bertanding jawatan presiden Mesir.

 

Shaharuzzaman Bistamam
Ketua Biro Tarbiah ISMA Cawangan Ipoh
blog: Bahtera Penyelamat

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online