Assalamualaikum warahmatuLlahui wabarakatuh.

Sempena masuknya bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita memeriah dan mengaktifkan amal Dakwah kita dengan perkara-perkara berikut :

1. ISMA menyeru semua para alim ulamak dan tokoh-tokoh masyarakat agar menyampaikan tazkirah-tazkirah Ramadan di mana-mana masjid dan surau yang mereka mempunyai ruang berbuat demikian. Diantara isi tazkirah yang terpenting ialah memastikan kualiti puasa yang tinggi disegi ruh perlaksanaannya, bukan sekadar lapar dan dahaga, mengingatkan peristiwa-peristiwa dan sejarah Islam yang gemilang yang berlaku didalam bulan Ramadan dan menginatkan matlamat Ramadan yang utama iaitu menyampaikan seseorang kepada Ketaqwaan.

2. ISMA mendorong para ibu bapa menamamkan keseronokan dan semangat kepada anak-anak dalam menyambut bulan yang mulia ini dan mendorong mereka berlumba-lumba untuk mengisinya dengan puasa, tilawah Al-Quran, solat Tarawih, solat Tahajjud dan bersahur.

3. ISMA menyeru para majikan dan ketua-ketua jabatan menunjukkan contoh teladan yang baik di depan kakitangan dalam menunaikan ibadat puasa, tilawah Al-Quran dan meringankan kakitangan dibawahnya terutama disegi tempoh masa bekerja dan tanggungjawab, lebih-lebih lagi sepanjang 10 Hari Terakhir Ramadan untuk memberi mereka ruang yang lebih kepada AL-Quran dan ibadat-ibadat yang khusus.

4. ISMA mengajak masyarakat memenfaatkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan atau meninggikan kualiti :

a. Ibadah khusus seperti puasa, solat fardhu berjemaah, solat sunat tarawih dan tahajjud, bersedekah, memberi orang berbuka puasa dan lain-lain.

b. Menghubung dan mengeratkan ikatan sesama umat Islam dan saling menasihat dan memberi kesedaran keadaan umat Islam hari ini dan peranan yang boleh mereka mainkan.

5. ISMA mengajak masyarakat agar mmbenteras melalui menanam kesedaran dan teladan sebarang bentuk pembaziran seperti membeli belah makanan, pakaian dan perhiasan yang berlebihan.

6. ISMA menyarankan agar umat Islam menghias masjid, surau, rumah kediaman dan tempat bekerja yang memberi suasana kemeriahan kepada bulan Ramadan yang mulia ini.

7. ISMA mengajak para imam dan penceramah agar memberi ucapan menanam kesedaran dan semangat kepada jemaah yang hadir Solat Tarawih agar terus istiqamah bersolat jemaah di masjid dan surau sehingga ke akhir Ramadan dan selepas bulan Ramadan. Ini dicapai melalui membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Ramsulullah saw berkaitan Solat Berjemaah di Masjid.

8. ISMA mendorong orang ramai agar menghidupkan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bersedekah kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan. Sebaiknya dianjurkan program-program yang lebih resmi dan dengan publisiti yang meluas dan pengurusan yang professional seperti mewujudkan projek berjenama seperti “Projek Bantuan Semai Kasih”, “Kempen 1-orang 1-kampit beras” dan seumpamanya.

9. ISMA mengesyorkan agar dibuat promosi atau kempen menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadan dengan ibadat dan giat berusaha mendapatkan Malam Lailatul Qadar dengan tekun beribadah.

10. ISMA menyeru para alim ulamak agar bangkit memberi penerangan kepada masyarakat tentang cara menyambut Aidil Fitri yang sebenar yang mengikut Sunnah Rasulullah saw, serta menjauhi dari menyambutnya
dengan cara atau adat yang menyalahi Syarak yang agak tersebar luas di dalam masyarakat kita terutama yang melibatkan hiburan luar batasan dan perwatakan sebahagian para artis.

11. ISMA mengajak masyarakat memenfaatkan Ramadan dan bulan Hari Raya (Syawal) untuk mengeratkan ikatan sesama umat Islam, melalui ziarah menziarahi yang memang telah menjadi tradisi, maaf bermaafan dan seterusnya menghampirkan mereka kepada tabiat menyukai kesepakatan dari perpecahan dan menyemai walak sesama orang-orang beriman.

12. ISMA mendorong umat Islam agar berpuasa 6 hari dibulan Syawal sehingga ia menjadi adat tradisi yang baik dikalangan semua golongan termasuk para belia dan remaja.

Semoga Alah s.w.t. menjadikan untuk kita Ramadan pada tahun ini lebih baik dan membawa ke taqwa yang lebih tinggi, menyatu dan menguatkan umat Islam serta mengambali dan mengukuhkan kedaulatannya. Ameen.

Biro Dakwah Pusat
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
www.birodakwah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.