Berita Utama »

22/05/2013 – 9:55 pm |

                Pada 19 Mei 2013 bersamaan 8 Rejab 1434 H, ISMA Daerah Hulu Langat telah mengadakan satu majlis jamuan penghargaan kepada para pengundi parti BERJASA di Dun Kajang bertempat di Saujana Impian. Majlis yang cukup …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Aktiviti

Majlis Berbuka Puasa ISMA DHL Meriah

Submitted by on 09/08/2011 – 2:57 pmNo Comment

Ramadhan adalah bulan taqwa dan mujahadah. Ia juga adalah bulan keampunan, rahmat dan kemerdekaan daripada api neraka. Allah membuka pelbagai pintu keampunan, kebajikan serta melimpahkan ganjaran yang berlipat kali ganda. Umat Islam menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh.

Sehubungan dengan itu, Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat (ISMA DHL) dengan kerjasama pihak Surau Al-Islah Taman Kajang Mewah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa/Iftar Jamaei pada Sabtu, 6 Ramadhan 1432 bersamaan 6 Ogos 2011 sebagai sebahagian usaha untuk menghayati dan merebut ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.

Seramai 300 orang terdiri dari ahli dan jemputan ISMA dan Surau Al-Islah telah hadir untuk meraikan majlis berbuka puasa tersebut. Para hadirin termasuk pelajar-pelajar dari Kolej MARA Banting, Kolej Teknologi Timur, UKM, UPM, MIAT, dan banyak lagi institusi pengajian tinggi yang berdekatan.

Di dalam majlis tersebut telah diadakan bacaan mathurat selepas solat Asar berjemaah dan diikuti dengan forum khas “Kejayaan di dalam bulan Ramadhan”. Forum ini yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Norzafry Norhalim dan ditampilkan dua ahli panel iaitu Ustaz Fauzi Asmuni dan Ustaz Mukram Dato’ Mohd Taib. Forum ini disambut meriah oleh para hadirin dan telah mengupas isu-isu penting berkaitan Ramadhan termasuk ukuran kejayaan bulan Ramadhan, fiqh dan amalan-amalan di bulan Ramadhan.

Seterusnya Majlis Berbuka Puasa / Iftar Jamaei telah diadakan dengan jamuan ringkas dahulu dengan hidangan kurma dan kuih-muih. Selesai solat Maghrib berjemaah, para hadirin dihidangkan jamuan makan dengan menu nasi beriani dengan lauk ayam masak merah. Kelihatan para hadirin bergembira menikmati jamuan makan tersebut dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Kemudian para hadirin mendirikan solat Isya berjemaah diikuti solat sunat tarawih. Ketika selesai empat rakaat pertama solat tarawih, ahli jawatankuasa ISMA DHL, Ustaz Dr Kapten Bersara Azmil Hashim, menyampaikan tazkirah mengenai Ramadhan bulan perjuangan.

Majlis Berbuka Puasa ini berakhir dengan solat witir bersama imam.

 

Hazman Syahmi Elias
Biro Dakwah ISMA DHL

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.