Ramadan kian menghampiri penghujungnya. Orang-orang yg beriman akan berlumba-lumba menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan Iktikaf, Qiam, Tilawah, Zikir dan Dakwah. Mengambil kesempatan ini semua syukbah ISMA diseru untuk menghidupkan amal bersama masyarakat setempat.

Baru-baru ini, Ikatan Muslimin Malaysia telah melancarkan konsep syukbah untuk dilaksanakan di seluruh cawangan. Bagi ISMA DHL 9 buah syukbah berikut telah dilancarkan semasa mesyuarat agung khas pada bulan Jun lepas.

  1. Seksyen 7 & 8
  2. Seksyen 3 & Bangi Perdana
  3. Seksyen 4 & 4 Tambahan
  4. Sungai Tangkas & Taman Universiti
  5. Sungai Sekamat, Kajang
  6. B.Baru Salak Tinggi
  7. Dusun Tua
  8. Impian Putera & Bukit Mahkota
  9. Cyberjaya

“Syukbah merupakan nuklius amal setempat. Melalui syukbah, ahli-ahli ISMA akan melakar amal dakwah dan menyampaikan fikrah Islam kepada masyarakat. Syukbah yang hidup akan mampu merealisasikan hasrat Membangun Umat Beragenda yang menjadi moto ISMA sekarang” ulasan saudara Mohd Noor Azib, YDP ISMA Hulu Langat.

ISMA yakin sistem syukbah yang baru diperkenalkan ini akan mampu menyebarkan fikrah islam ke seluruh pelusuk masyarakat sebagaimana Ikhwanul Muslimin telah berjaya melaksanakannya di Mesir.

Semoga Ramadan kali ini akan menjadikan kita semua umat Islam yang beragenda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.