Futsal Piala YDP ISMA DHL Meriah

BANDAR BARU BANGI, 11 Disember – Pasukan daripada Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah yang diberi nama Tuah memenangi tempat pertama setelah menumpaskan pasukan daripada Dusun Tua dengan 3 jaringan berbalas kosong untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Futsal Piala YDP ISMA DHL yang julung-julung kali diadakan.

Futsal Piala YDP ini dilihat sebagai satu acara yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli ISMA sendiri dan bersama masyarakat setempat.

Penyertaan yang begitu menggalakkan sehingga pihak penganjur terpaksa menolak beberapa penyertaan disebabkan kekangan tenaga dan masa.

Saudara Fariq, antara petugas semasa kejohanan tersebut melihat secara optimis untuk kejohanan seperti ini diperluaskan lagi sukan yang terlibat dan penyertaan yang diterima.

Kejohanan kali ini bermula dengan 12 pasukan yang dibahagikan kepada 2 kumpulan, kemudian 2 pasukan teratas meneruskan persaingan dalam perlawanan kalah mati.

“Kami berpuas hati dan mengucapkan tahniah atas penganjuran kejohanan ini. Kelancaran kejohanan ini harus dipuji,” ulas saudara Firdaus yang datang bersama pasukannya daripada Dusun Tua.

Kejohanan seperti ini menjadi lebih meriah apabila barisan pimpinan ISMA seperti En. Abdul Rahman Mat Dali, Naib Presiden ISMA dan AJK Pusat ISMA yang lain seperti Ustaz Mohamad Ismail, Ustaz Wan Hisyam Wan Embong, serta pimpinan ISMA DHL termasuk YDP ISMA DHL sendiri, saudara Azib turun padang dan bersaing sama untuk meraih kejuaraan kali ini.

Selain daripada pimpinan ISMA, pimpinan sayap belia ISMA iaitu Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) turut sama memeriahkan kejohanan dengan kehadiran Presiden PEMBINA, Saudara Zafry dan Ketua PEMBINA cawangan Bangi, Saudara Rusman yang berada dalam pasukan yang sama, Syukbah Sab’ah dan berjaya mendapat tempat ketiga.

ISMA DHL berhasrat untuk mengadakan kejohanan sebegini secara tahunan dan memperluaskan acara sukan serta bilangan penyertaan tanpa mengurangkan kualiti penganjuran.

Gambar-gambar kejohanan boleh dilihat di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *