Berita Utama »

31/05/2013 – 2:35 pm |

Tweet

Tinggal kurang daripada 2 bulan lagi untuk kita memasuki ramadhan al-mubarak, ayuh tingkatkan amal ibadat seperti mana saranan ar-Rasul s.a.w. dan perbanyakkan puasa kita. Semoga Ramadhan al-mubarak hadir di saat kita telah siap siaga menempuh …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Aktiviti

Ustazah Amie Sofia di Perkhemahan Anak-Anak ISMA DHL

Submitted by on 30/12/2011 – 2:41 pmNo Comment

 

Hulu Langat, 27 Disember- Ustazah Amie Sofia Binti Ahmad pemenang tempat pertama rancangan Solehah  telah dijemput menjadi ahli panel dalam forum di perkhemahan Anak-anak ISMA DHL yang diadakan di Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat Selangor. Turut dijemput di dalam forum ini ialah Saudari Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim iaitu pemenang tempat ketiga rancangan  Solehah. Perkhemahan ini telah disertai oleh 11 peserta perempuan dan 16 peserta lelaki di bawah pengendalian Program Generasi Harapan.

Forum yang bertajuk tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa  ini telah dikendalikan oleh Norhamimah Ibrahim ketua beliawanis PEMBINA Bangi, selaku moderator. Amie Sofea menyatakan  bahawa beliau terdorong untuk menyertai rancangan berbentuk realiti ini adalah disebabkan niatnya untuk berdakwah kepada masyarakat. Menurut beliau lagi penyertaan beliau di dalam rancangan ini juga adalah disebabkan tertarik dengan tujuan rancangan ini iaitu untuk melahirkan pendakwah wanita unggul di mana ia sangat berbeza berbanding dengan kebanyakan rancangan realiti TV yang  berbentuk hiburan semata-mata malah mendapat sambutan yang sangat hangat oleh masyarakat.

Manakala  Saudari Nurul Eswani Syafazlin pula menyatakan  beliau menyertai rancangan ini disebabkan minat.  Tambah beliau lagi minat sangat penting dalam membentuk keyakinan dan  kejayaan seseorang.

Menurut ahli panel forum, derhaka terhadap kedua ibu bapa merupakan satu antara tiga dosa besar selain daripada syirik dan sumpah palsu. Mereka juga turut memberi nasihat kepada semua peserta supaya jangan membantah cakap kedua ibu bapa, sentiasa merendah diri, bercakap dengan bahasa yang baik dan sopan dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

Ustazah Amie Sofea menyeru kepada semua peserta supaya mencontohi tokoh-tokoh Islam lain seperti Musab bin Umar dan Anas bin Malik selain daripada Rasulullah yang sentiasa menjadi idola kepada semua umat Islam.

Di akhir forum, ahli-ahli panel menasihatkan supaya semua peserta menjadi sebaik-baik manusia dan bermanfaat kepada orang lain. Selain itu mereka juga berharap semua peserta menjadikan diri mereka sebagai idola kepada semua remaja di luar sana dengan menunjukkan nilai-nilai kebaikan yang terpuji.

Wan Muhammad Fauzan bin Wan Hisham 14 tahun, salah seorang peserta lelaki yang menyertai perkhemahan ini berpendapat, forum ini sangat bermanfaat kepada generasi sekarang kerana akhlak kebanyakan mereka terhadap ibu bapa semakin hilang. Manakala topik yang dibicarakan dalam forum ini sangat sesuai dengan peringkat umur peserta perkhemahan kerana ia membincangkan cara menghormati ibu bapa. Hal ini demikian kerana peringkat umur ini masih memerlukan dokongan ibu bapa.


Wan Muhammad Fauzan bin Wan Hisham

“ Insyallah, saya ingin bersama finalis Solehah di program akan datang kerana kita harus menimba ilmu dengan mereka yang berpengalaman tetapi kalau boleh penganjur turut menjemput ustaz-ustaz selebriti seperti Ustaz Don dan Imam Muda Asyraf,” kata Ahmad Omar bin Abdullah Zaik 16 tahun apabila ditanya mengenai harapan program akan datang.


Ahmad Omar bin Abdullah Zaik

Manakala peserta perempuan Sarah binti Abdullah Zaik, 14 tahun berpendapat forum bersama finalis Solehah dapat memberi banyak pengajaran kepada diri sendiri dan dapat mengubah dirinya ke arah kebaikan.


Sarah binti Abdullah Zaik

Seorang lagi peserta perempuan Istisyhad binti Mohammad, 16 tahun berkata, “Pada pandangan saya topik anak soleh yang dibincangkan sesuai untuk semua orang kerana masih ada lagi orang dewasa yang matang tetapi kurang dalam hal-hal menghormati orang tua. Saya berpuas hati”.

Secara keseluruhan forum ini berlangsung dengan jayanya memandangkan pengendalian forum oleh moderator berlaku dengan sangat efektif kerana mampu menarik hati semua peserta dengan lontaran pantun, diselangi nasihat dan panduan hadis yang harus diikuti.

Disediakan oleh:
Nazariyah Yahaya
Wartawan
Media Wanita ISMA
www.wanitaisma.net

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.