Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Tarbiyah Penting Dalam Mencapai Perubahan Yang Lebih Baik

Seperti biasa lazimnya sambutan tahun baru di seluruh dunia dihiasi dengan program hiburan dan letusan bunga api. Tidak ketinggalan di negara kita, kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk upacara sambutan tahun baru di Dataran Merdeka. Dimulakan dengan konsert oleh artis dan ‘countdown’ disusuli dengan letusan bunga api. Semua ini untuk apa? tidak lain tidak bukan ialah untuk berhibur. Walaupun ada Menteri yang teruja sambutan dari para belia merupakan manifestasi belia merdeka yang sebenar, hakikatnya ia hanyalah hiburan semata.

Lain pula keadaannya di Dataran Shah Alam, dikatakan hampir 80,000 pengunjung menghadiri sambutan tahun baru anjuran kerajaan negeri. Program diiringi dengan solat berjemaah, nasyid dan alunan doa dan zikir diambang tahun baru. Gelagat Ustaz Azhar Idrus dan raja lawak Zizan sangat menghiburkan pengunjung. Bukan sekadar berhibur tetapi diiringi dengan kata nasihat oleh Ustaz. Tidak ketinggalan juga program disusuli dengan Kempen Anti Zina. Satu program alternatif yang sangat baik untuk pengunjung.

Namun begitu, kalau dilihat dengan lebih objektif, berapa peratus dari yang hadir ialah dari kalangan ‘orang masjid’ dan berapa peratus pula sebaliknya? Bagi saya program ini dianggap lebih berjaya sekiranya ia mengumpulkan lebih ramai pemuda-pemuda yang bukan mat surau, jarang-jarang solat dan ingin mencari hiburan alternatif tahun baru. Ataupun yang datang itu dari kalangan mereka yang telah insaf, ingin meninggalkan budaya hiburan barat yang merosakkan dan mula nak berjinak-jinak dengan agama. Tetapi kalau sebaliknya yang hadir itu memang dah orang-orang soleh maka saya percaya ia tidak mencapai objektif yang diharapkan.

Keduanya, hakikat kepada sesuatu perubahan itu tidak lain tidak bukan mesti dengan proses pendidikan atau tarbiyah. Perlu ada usaha-usaha susulan untuk mendidik mereka yang hadir dengan tarbiyah imaniyah dan kefahaman islam yang betul. Mungkin tidak semua tetapi sekurang-kurangnya adalah individu-individu yang dapat dikumpul atau istilahnya di ‘tajmik’ dalam susunan untuk diproses menjadi insan yang lebih soleh. Sekiranya ini berlaku saya percaya investment yang dilaburkan akan memberikan pulangan yang lebih lumayan.

Walau bagaimanapun saya tidak bermaksud untuk downgrade usaha alternatif yang dibuat itu cuma mengutarakan cadangan penambah baikan atau sekadar mengingatkan kerana saya percaya ramai telah pun tahu perkara ini. Agar usaha kita tidak sia-sia dan perjalanan kita menuju matlamat menegakkan syariat Islam dapat diteruskan.

Sementara itu dalam kita menghadapi tahun baru 2012 ini, umat Islam khusunya bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti di negara ini diseru agar kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar, bersatu mempertahankan hak-hak Islam dan mengembalikan kekuatan negara kita berlandaskan prinsip syarak dan budaya timur yang murni.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

 


YDP ISMA DHL
Mohd Noor Azib Asmangi

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online