Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pertembungan Haq Dan Batil

Pemberhentian lesen jual arak yang diputuskan oleh Pejabat Daerah Kulim dalam menjadikan daerah itu sebagai kawasan bebas minuman keras memberi kesimpulan kepada MCA bahawa hudud yang ingin dibawa PAS menjejaskan orang bukan Islam. Kenyataan daripada Pengerusi Biro Professional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang disiarkan dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 4 Januari lalu, telah mempersoalkan pendirian kerajaan negeri, pimpinan PAS dalam memberi sokongan terhadap keputusan ini.

Persoalan yang ingin dibawa di sini ialah, adakah PAS mampu bertahan dengan keputusan yang telah diputuskan walaupun parti-parti di dalam pakatan rakyat lain membantah pemberhentian lesen arak ini? Provokasi yang dikeluarkan oleh Pengerusi MCA ini , mampu membawa kepada pertembungan hak dan batil antara pihak kafir dan golongan yang ingin menegakkan Islam.

Golongan bukan Islam tidak akan memaksa umat Islam murtad daripada agamanya tetapi mereka menggunakan kelemahan manusia yang cintakan nafsu syahwat bagi melemahkan iman dan rasa izzah(bangga) terhadap Islam.

Sejarah kekalahan manusia yang disebabkan oleh nafsu yang menguasai diri dan minda menjadikan tindakan mereka tidak lagi rasional. Sekurang-kurang bahaya nafsu ialah melemahkan keazaman untuk mentaati Allah dan menjadikan manusia mudah melakukan maksiat.

Budaya maksiat seperti arak, judi, riba, zina, tenung nasib, sihir, menderhaka ibu bapa adalah budaya jahiliah yang didorong oleh nafsu syahwat manusia.

Secara jelas, orang-orang kafir telah tertutup hatinya terhadap cahaya Islam. Mereka menjadikan nafsu sebagai neraca dalam menilai baik dan buruk. Oleh sebab itulah, Islam tidak mengiktiraf orang-orang musyrik dan kafir sebagai golongan yang bersifat adil. Mereka tidak akan diiktiraf oleh syarak sebagai golongan yang memiliki sifat adil selagi kekufuran dan kesyirikan menguasai jiwa mereka.

Orang kafir akan mungkir janji serta menikam dari belakang kerana mereka menganggap Islam adalah musuh mereka. Lihatlah umat Islam di seluruh dunia yang hidup di bawah kuasa kuffar, “apakah hak mereka diberi dengan seadilnya?”

Liberalisme, pluralisme, pragmatisme, sekularisme adalah agama baru untuk melunakkan singa-singa Islam menukarkan mereka menjadi kijang.

Islam telah mewarnai sistem kehidupan manusia dengan dua warna, iaitu Islam atau Jahiliyyah. Kehidupan adalah agama, dan agama adalah kehidupan. Andalah yang memilih sama ada mahukan Islam atau kekufuran.

Orang beriman yang yakin pada hari akhirat akan memilih manhaj, aqidah, sunnah serta kafilah para nabi dan mursalin ketika berhadapan dengan golongan yang menjadikan Iblis dan nafsu syahwat sebagai tuhan.

Belum tentu perjuangan kita akan berakhir dengan kemenangan di dunia. Apabila kita berada di atas Sirat al-Mustaqim, jalan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin, pasti kita juga akan bersama-sama mereka di alam mahsyar menuju ke syurga. Tetapi manusia yang lunak hati mereka kepada orang-orang kuffar tetap merasa hasad sesama Islam. Mereka telah tersesat jalan dan terjebak ke jalan golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.

Hanya ada dua jalan
Hanya dua rujukan
Hanya dua manhaj
Hanya dua kesudahan

Sama ada Kebenaran atau Kebatilan.
Wahyu atau nafsu
Manhaj para nabi atau iblis
Syurga atau neraka.

Tidak sama aqidah, akhlak, manhaj dan budaya hidup ahli syurga dengan ahli neraka
Ahli syurgalah yang akan berjaya.

Oleh:

Ustaz Annuar Salleh
AJK ISMA Pusat
Mantan YDP ISMA DHL

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online