Berita Utama »

22/05/2013 – 9:55 pm |

                Pada 19 Mei 2013 bersamaan 8 Rejab 1434 H, ISMA Daerah Hulu Langat telah mengadakan satu majlis jamuan penghargaan kepada para pengundi parti BERJASA di Dun Kajang bertempat di Saujana Impian. Majlis yang cukup …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Bicara AJK

Perutusan Maulidur Rasul YDP ISMA DHL

Submitted by on 06/02/2012 – 4:23 pmNo Comment

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam dipanjangkan buat Rasulullah saw, ahli keluarga Baginda dan para sahabat seluruhnya.

12 Rabiul Awwal hari umat Islam memperingati kelahiran Nabi Muhammad saw. Walaupun hal sambutan ini tidak diperintahkan untuk mengadakannya, nilai kecintaan kepada junjungan Baginda yang masih tersemat dijiwa umat Islam harus terus dipupuk dan disuburkan.

Hari ini satu persatu identiti umat Islam cuba dilenyapkan. Sebahagiannya mengatakan kehidupan Nabi Muhammad saw hanya merupakan episod sejarah ketamadunan manusia tanpa merasakan bahawa ianya merupakan wahyu yang diturunkan Ilahi. Kelahiran yang dipilih untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.

Maksud dari ayat Al-quran “Bukanlah apa yang diajarkan (oleh Muhammad) itu daripada hawa nafsu. Ia tidak lain adalah wahyu yang diturunkan” (An Najm : 3 – 4).

Ayat ini jelas menolak sebahagian pandangan dari golongan arus Islam liberal yang mengatakan bahawa kehidupan Baginda hanyalah satu sejarah.

Oleh itu nilai keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah saw ini perlu terus disuburkan. Bukan hanya sekadar upacara sambutan tetapi keazaman untuk mengikuti ajaran Baginda saw.

Maksud dari ayat Al-quran “Katakanlah (hai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang yang mengikutiku menyeru kepada Allah diatas petunjuk yang jelas” (Yusof : 108).

Islam menyuruh umatnya kembali kepada hakikat ubudiyah lillah. Hakikat penyerahan mutlak kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mengatur kehidupan alam ini, sumber pemberi rezeki, sumber kekuasaan dan sumber perundangan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada para penguasa umat Islam untuk mengatur perjalanan negara ini berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Sebarang bentuk penyelewengan adalah penderhakaan kepada Islam itu sendiri.

Tanggungjawab paling utama umat Islam hari ini ialah untuk mengembalikan hakikat ubudiyah ini. Mengajak manusia kembali kepada manhaj Islam dan menjauhi taghut. Membangun kekuatan umat diatas acuan Islam bukan acuan fahaman liberal dan demokrasi hak asasi manusia yang tiada batasan.

Hal ini tidak mungkin akan berhasil melainkan umat Islam khususnya bangsa Melayu benar-benar kembali kepada Islam dan membangunkan kekuatannya sendiri. Kesepakatan dan perpaduan dikalangan umat Islam harus terus dipupuk. Kekuatan yang tinggal berbaki sekarang harus dipertahankan.

Semoga Allah memuliakan umat Islam di tanah air ini.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Mohd Noor Azib Asmangi,
Yang Di-Pertua,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),
Cawangan Hulu Langat.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.