Serius Dengan Matlamat Membawa Kepada Kejayaan

BANDAR BARU BANGI,  19 Feb – Kepentingan menetapkan matlamat dalam kehidupan lalu serius dengan agenda mencapai matlamat tersebut adalah antara isi penting yang dapat dicungkil daripada riadhah bola sepak mingguan anjuran ISMA DHL di padang UKM minggu ini.

“Kita akan jadi macam orang gila bila main bola tiada gol, cuba bayangkan seorang kata itu gol, sorang lagi kata ini gol, orang lain kata yang tu gol, maka bercelaru permainan kita,” ujar En. Abdul Rahman Mat Dali ketika sesi penutup riadah kali ini.

“Begitu juga dengan kehidupan kita, kalau tiada matlamat hidup, kita tidak akan ke mana,” tambahnya lagi.

“Kita kena pilih daripada sekarang, kita nak jadi orang hebat, atau sekadar orang biasa. Kita kena tetapkan matlamat tersebut daripada sekarang,” tegasnya dalam cadangannya agar urusetia riadhah selepas ini membuka satu sesi perbincangan setiap kali majlis penutup diadakan agar dapat sama-sama membincangkan tajuk-tajuk penting dalam kehidupan seorang muslim seperti penetapan matlamat hidup yang sebenar.

Riadhah minggu ini turut dihadiri oleh seorang lagi AJK Pusat ISMA, Ustaz Mohamad Ismail yang tidak melepaskan peluang untuk memberikan nasihat kepada anak-anak muda remaja dalam sesi penutup tersebut.

“Sekiranya kita tidak serius dalam sesuatu perkara, ia akan terbawa-bawa di dalam kehidupan kita,” jelasnya ketika menegur sikap segelintir pemain yang dilihat tidak serius dalam permainan.

Hassan al-Banna, seorang tokoh pendakwah turut berpesan mengenai kepentingan meyakini matlamat dan serius dalam mencapainya, katanya, “sesuatu fikrah itu hanya akan berjaya sekiranya kita benar-benar yakin dengan fikrah tersebut.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *