Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Menghargai Buah Pinggang Pinjaman Allah

Ramai di antara kita mengambil enteng aspek penjagaan kesihatan kerana kurangnya kita mengenali organ-organ badan kita yang telah berkhidmat dengan setia sepanjang kehidupan kita. Organ-organ badan kita adalah pinjaman Allah semata-mata, dan menjadi amanah untuk kita menyelenggaranya dengan baik. Jika kita menghargai mereka, sudah tentu kita akan cuba sedaya mungkin meminimumkan kerosakan ke atas mereka.

Ramai yang menyangka sakit atau sengal-sengal di bahagian pinggang berkait terus dengan kerosakan buah pinggang. Telahan ini kurang tepat kerana fungsi buah pinggang lebih berkait rapat dengan penghasilan air kencing, keseimbangan air dalam badan, pembuangan bahan toksik, mengawal tekanan darah dan juga keseimbangan hormon-hormon tertentu.

Penghasilan air kencing yang kurang dari biasa, kekerapan atau membuang air kencing dalam jumlah yang banyak, perubahan warna dan kencing berbuih memberi gambaran awal tentang fungsi buah pinggang anda yang mungkin terganggu. Begitu juga, ketidakseimbangan air dalam badan boleh memberikan tanda-tanda seperti muka dan mata yang sembab dan bengkak kaki hasil pengumpulan air dalam tisu badan.

Jadi apakah tugas sebenar buah pinggang? Buah pinggang mempunyai banyak fungsi tetapi dalam ruang yang terhad ini kita mulakan dengan fungsi utamanya – mengawal keseimbangan air dan garam yang diperlukan oleh tubuh dalam fungsi harian. Buah pinggang menjaga keseimbangan air agar sel-sel badan kita tidak mengalami kekeringan (dehidrasi). Begitu juga dengan kadar garam (elektrolit) yang penting untuk fungsi tubuh seperti sodium (Na+), potassium (K+), chloride (Cl-), hydrogen (H+), ion bikarbonat dan banyak lagi, yang perlu diseimbangkan jumlahnya di dalam dan di luar sel badan.

Garam sodium dan potassium misalnya, sangat penting untuk menjaga fungsi jantung kerana jika terlebih atau terkurang, boleh menyebabkan jantung terhenti. Ramai yang biasa melihat gambar buah pinggang, tetapi saya ingin mengajak pembaca melihat dengan lebih mendalam, iaitu nefron, unit fungsi sebenar buah pinggang yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Rajah di bawah menunjukkan betapa sibuknya buah pinggang mengawal penyerapan air dan garam.

Jadi dengan gambaran awal tersebut, wajarlah kita mengamalkan beberapa panduan agar tidak membebankan buah pinggang kita dengan tabiat pemakanan kita seharian:

  • Minumlah air secukupnya sehari, sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih sepanjang hari (bukan sekaligus).
  • Amalkan membawa bekalan air di mana-mana seperti di dalam beg, di dalam kereta atau di dalam bilik pejabat. Jika balik kampung, pastikan membawa bekalan air masak �secukupnya untuk anak-anak.
  • Sebaik-baiknya air kosong kerana minuman berperisa dan bergula memaksa buah pinggang bekerja lebih keras dari yang sepatutnya.
  • Awasi makanan yang mengandungi garam yang tinggi yang menjadi punca garam sodium (Na+) seperti snek, kentang goreng, ikan/telur masin. Terdapat makanan ringan yang tidak terasa masin tetapi mengandungi kadar sodium yang agak tinggi. Berlebihan sodium juga memaksa buah pinggang bekerja lebih keras dari yang sepatutnya.

Organ badan kita hanyalah pinjaman Allah, dan melainkan jika ada yang tersurat lahir dengan masalah kongenital buah pinggang, rata-rata kita telah dibekalkan dengan buah pinggang yang mampu menanggung beban kerja sepanjang hayat. Namun pola pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan buah pinggang kita bekerja lebih keras. Berbalik pada rajah nefron di atas, setiap buah pinggang mempunyai 1 juta nefron. Jika nefron rosak, tidak ada gantian, tidak seperti sel-sel kulit yang boleh bertukar baru. Selepas umur 40 tahun, secara semulajadinya terdapat pengurangan 10% dari jumlah nefron setiap 10 tahun. Jika kita gagal mengamalkan gaya hidup sihat, kadar ini lebih cepat, dan buah pinggang kita lebih berusia, dari umur sebenar kita.

Maka bersyukurlah dengan buah pinggang kita kurniaan Allah dengan menjaganya sebaik-baik mungkin.

 

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Biro Kebajikan ISMA DHL
Ahli Jawatankuasa Pusat, I-Medik
Pensyarah Fisiologi,�Fakulti Perubatan dan Kesihatan USIM.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online