Siri DAUS Mempersiapkan Belia Dengan Ilmu Syarak

BANDAR BARU BANGI, 31 Mac – Seramai 33 orang belia dari serata institusi pengajian tinggi sekitar Hulu Langat memenuhi dewan seminar Pejabat ISMA DHL bagi menghadiri Daurah Asas Ulum Syarak (DAUS) siri 1 anjuran ISMA daerah Hulu Langat (DHL).

Daurah tersebut membincangkan tajuk Ulum al-Quran dan telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Hussen yang merupakan Pembantu Pensyarah di UNITEN dan lulusan Universiti al-Azhar.

Dalam penyampaiannya, Ustaz Abdullah telah menyentuh berkenaan perincian definisi ulum quran, sejarah perkembangannya serta faedah mempelajari ulum quran serta kepentingan mengetahuinya.

DAUS merupakan suatu inisiatif progam yang telah dirangka oleh biro tarbiyah ISMA DHL dalam usaha melengkapkan ahlinya dengan ilmu asas syariah islam.

Program ini dijadualkan berjalan pada

setiap awal bulan minggu pertama pada hari Sabtu dan dijadualkan sebanyak 8 tajuk khusus yang telah dipilih untuk dijadikan tajuk pengajaran pada setiap sesi.

“DAUS berkonsepkan ceramah dan soal jawab berbentuk kuiz, kita mensasarkan ia mampu menarik minat ramai lagi golongan belia untuk mempelajari dan memahami ilmu syarak yang merupakan satu ilmu yang asas yang seharusnya ada pada setiap belia Islam,” kata Abdul Hakim Adzman selaku pengarah program DAUS kali ini.

ISMA DHL sangat komited dalam menjayakan projek membina kekuatan ummat melalui pembinaan generasi harapan Islam dengan pembentukan peribadi dan jatidiri yang kuat melalui tarbiyah yang mantap.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *