Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

KRIM DHL Kongsi Tips Kemahiran Komunikasi Berkesan

BANDAR BARU BANGI, 26 Mac –  “Komunikasi adalah medium yang sangat penting untuk kehidupan manusia dan haruslah dibentuk dan dicorakkan dengan baik sekali seawal usia kanak-kanak,” tegas Saudara Ammar Azhar, pengarah Kelab Remaja ISMA DHL (KRIM DHL).

“Komunikasi bermaksud proses interaksi antara manusia dimana orang ramai bertutur dan bertukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi  maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka,” terangnya semasa sesi penyampaian kepada para peserta Briged KRIM siri ke-3 bulan Mac ini di Surau al-Amin, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Seramai 25 remaja seawal usia 12 hingga 17 tahun dari sekitar Bangi  menyertai BRIGED KRIM edisi MAC anjuran KRIM DHL kali ini yang memfokuskan kepada “Kemahiran Komunikasi”.

Peserta didedahkan kepada kaedah, cara dan implementasi didalam kemahiran komunikasi yang lebih berkesan.

Penerapan kaedah komunikasi yang berkesan secara tidak langsung telah diaplikasikan didalam aktiviti kawad yang merupakan aktiviti wajib bagi setiap program BRIGED KRIM.

Para peserta turut mengikuti slot Tazkirah Remaja dan aktiviti “Telefon Berkarat” serta “Bafa Bafa Games” yang merupakan antara isi modul dalam mencari kemahiran komunikasi yang berkesan.

“Untuk menjadi insan yang produktif, seseorang itu haruslah menguasai segala bidang dan asas di dalam kejayaan tersebut.

Dan bagaimana ia menyampaikan maklumat dengan berkesan, kemahiran komunikasi lah yang menjadi tulang belakangnya,” jelas Saudara Ammar Azhar lagi.

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online