Berita Utama »

31/05/2013 – 2:35 pm |

Tweet

Tinggal kurang daripada 2 bulan lagi untuk kita memasuki ramadhan al-mubarak, ayuh tingkatkan amal ibadat seperti mana saranan ar-Rasul s.a.w. dan perbanyakkan puasa kita. Semoga Ramadhan al-mubarak hadir di saat kita telah siap siaga menempuh …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Aktiviti

Beramal Dengan Islam Bertujuan Mencapai Kebatinannya

Submitted by on 10/04/2012 – 9:42 pmNo Comment

BANDAR BARU BANGI – “Beramal dengan Islam bukanlah perkara yang mudah, ia perlu kepada amalan yang bertujuan untuk mencapai kebatinannya”, tegas Ustaz Dr Aznan bin Hassan, Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya yang betajuk ‘Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam’ di Surau Al-Amirin, Seksyen 4 di sini.

“Rasulullah S.A.W. selalu berpesan kepada kita supaya berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat dengan 4 perkara, salah satunya adalah memohon supaya dilindungi daripada fitnah yang boleh menjatuhkan kita daripada agama,” jelas beliau.

Menurut Ustaz Dr. Aznan, serangan Liberalisme ini adalah salah satu fahaman yang boleh menggugatkan agama kita.

“Fahaman Liberalisme adalah fahaman yang menolak agama yang mana ia menafsirkan agama mengikut fahaman keduniaan semata-mata.

Fahaman ini juga mudah diterima oleh golongan intelektual yang tidak kuat pegangan akidahnya kerana ia menggunakan fahaman logik akal manusia”, tambah beliau.

Beliau juga turut memberi contoh salah laku yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti seseorang yang berkhalwat tidak boleh dihalang kerana orang lain tiada hak untuk menyatakan berkhalwat itu salah.

“Ini menunjukkan bahawa fahaman ini sangat bergantung kepada kefahaman kita sendiri sehinggakan kita tidak berhak untuk menerima atau menolak pandangan orang lain walaupun ia bertentangan dengan agama”, ujar beliau.

Dr Aznan juga sempat menerangkan bahawa terdapat 3 perkara pihak kafir ingin liberalismekan iaitu sudut akidah, fahaman al-quran dan fahaman hadis.

Beliau juga berpesan kepada semua hadirin supaya lebih berhati-hati dengan setiap tindakan dan sentiasa meningkatkan pengetahuan agama.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.