Berita Utama »

31/05/2013 – 2:35 pm |

Tweet

Tinggal kurang daripada 2 bulan lagi untuk kita memasuki ramadhan al-mubarak, ayuh tingkatkan amal ibadat seperti mana saranan ar-Rasul s.a.w. dan perbanyakkan puasa kita. Semoga Ramadhan al-mubarak hadir di saat kita telah siap siaga menempuh …

Read the full story »
Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Bicara AJK

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri Foto

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Bicara AJK

Kenapa Menolak Slogan MSIB?

Submitted by on 28/04/2012 – 6:08 pmNo Comment

 

Saya cuba mencari-cari alasan yang sering ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menolak slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Maka saya dapat kumpulkan antara lainnya yang popular adalah kerana alasan berikut:

1. Seruan Assobiyah yang ditegah.
2. Mengguris umat Islam lain selain bangsa Melayu
3. Memenangkan blok politik tertentu.

Benarkah slogan ini begitu sifatnya? Saya cuba menjelaskan persoalan ini dalam bahasa yang mudah difahami. Juga tulisan ini lebih berhajat kepada mendekati masyarakat berbanding mengkritik.

Pertama sekali, tentang assobiyah yang ditegah. Nabi saw menjelaskan bagaimanakah sifat assobiyah yang ditegah dalam sepotong hadis yang bermaksud;

“Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya).

Begitu juga dengan fitrah cintakan kaum keluarga dan bangsa sendiri. Tiada nas yang menegah akan hal ini bahkan banyak kisah dalam sirah Nabi saw dan juga penulisan tokoh-tokoh islam yang lain menunjukkan sifat kecintaan kepada bangsa demi memartabatkan islam adalah sifat yang mulia.

Kedua, tentang persoalan adakah slogan ini mengguris hati kaum yang lain.

Saya berpandangan hujah ini tidak berasas ataupun lemah. Mungkin ada segelintir yang merasakan demikian. Masakan tidak alangkan bangsa Melayu sendiri merasa ‘terguris’ dengan slogan ini.

Saya ingin menegaskan di sini, matlamat disebalik slogan ini adalah demi memartabatkan islam. Mudahnya kita boleh lihat begini sahaja. Dalam rukun dakwah ada pendakwah, sasaran dakwah dan bahan dakwah. Sasaran dakwah disebalik slogan ini adalah bangsa Melayu dan bahannya adalah Islam. Mudah bukan!

Cuba saudara-saudara Islam kaum lain lihat secara jujur, sekiranya usaha memartabatkan Islam melalui pendekatan ini berhasil bukankah semua umat islam akan merasai rahmatnya? Kami menyeru bangsa Melayu kepada Islam, saudara-saudara menyeru bangsa saudara kepada Islam. InsyaAllah setelah Islam dimartabatkan pada ketika itu tidak kira siapa yang menjadi penguasa asalkan islam dan beriman, keadilan akan merahmati seluruh umat manusia. Jadi tidak timbul isu dikesampingkan atau dianak tirikan atau diabaikan atau lain-lain. Ini jugalah yang dimaksudkan dengan Islam itu diutuskan sebagai rahmat ke seluruh alam (kepada semua makhluk). Oleh itu, di mana isunya?

Ketiga ialah slogan ini seolah-olah menyokong dan memenangkan blok politik tertentu. Perbincangan hal ini lebih kepada politik dan saya tidak mahu mengulas panjang di sini, bersesuai dengan sifat ISMA sebagai sebuah NGO. Namun secara ringkasnya, bagi kami persoalan yang lebih besar ialah adakah pertembungan kedua-dua blok politik yang mewakili golongan islamis dan nasionalis Melayu muslim hari ini menguntungkan atau melemahkan Islam.

Agak malang saya rasa bila sikap sesetengah orang yang suka melabel kalau tidak sokong blok A bermakna dia anak emas blok B.

Ada juga yang menyebutkan kepada saya slogan ini boleh di “hijack” oleh blok politik tertentu untuk kepentingan mereka. Saya fikir kalaupun betul begitu apa masalahnya? Ini bermaksud mereka boleh terima idea kesepakatan ini. Bahkan tidak keterlaluan kalau saya boleh sebutkan kenapa ISMA harus menutup ruang kesepakatan dengan mana-mana blok sedangkan kami gigih menyeru kesepakatan antara blok-blok politik.

Pelik dengan segelintir orang yang begitu skeptikal, jijik, geli, menyampah dengan blok politik tertentu sehingga semua kebaikan yang datang daripadanya, walaupun kecil, ditolak. Sedangkan Islam tidak begitu sifatnya.

Di sebalik agenda Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Izinkan saya ulang semula intipati agenda MSIB. Ringkasnya begini:

Agenda ISMA ialah mendaulatkan kuasa Islam berasaskan mandat syarak, melalui usaha memartabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang mempunyai agenda dan memimpin, dengan membangunkan keperibadian dan kesepakatan yang melayakkan mereka menjadi sandaran kekuatan (syaukah)”.

Beberapa noktah penting disebalik penyataan di atas ialah:

• Mengajak agar orang Melayu (sasaran dakwah) bangkit kembali dan berusaha menjadi umat yang kuat dan mempunyai risalah (jatidiri islam)

• Mengajak orang Melayu menolak sebarang bentuk agenda yang menghancurkan keperibadian dan jatidiri mereka.

• Menyeru orang Melayu agar dapat mengelakkan krisis Wala’ & Bara’ (konsep setiakawan berasaskan pertalian akidah)

• Menyeru orang Melayu agar bijak memastikan wewenang (syaukah) orang Islam sentiasa dominan dalam percaturan kuasa.

Berdasarkan kepada kehendak di atas, maka ISMA mengajak agar kesepakatan diwujudkan diantara semua blok umat Islam atas perkara-perkara prinsip, antara lain seperti berikut:

• Bersepakat untuk terus mempertahankan Islam sebagai agama dan identiti Negara ini sepertimana peruntukan yang ada dalam perlembagaan.

• Bersepakat mempertahankan instistusi raja-raja sebagai badan tertinggi agama Islam dan Negara

• Bersepakat untuk mempertahankan Negara dan umat Islam dari ancaman pengaruh sekularisme, liberalisme, pluralisma yang melunturkan identiti dan jatidiri umat islam.

Saya tidak fikir orang yang waras tidak bersetuju dengan kehendak di atas.

Oleh itu, saya benar-benar tidak dapat melihat mengapa slogan MSIB ini tidak boleh diterima. Melainkanlah sekiranya kehendak politik itu melebihi segalanya.

Mohd Noor Azib Asmangi
YDP ISMA Hulu Langat

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.