»

24/10/2017 – 7:57 AM |

 
BANGI, 15 Okt – “Malaysia menduduki tempat pertama dalam kedudukan negara yang mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang gemar berbelanja lebih dari kemampuan walaupun …

Read the full story »

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Tinta YDP

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H YDP ISMA DHL

Submitted by on 27/08/2012 – 7:22 AMNo Comment

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadhrat Ilahi kerana mengizinkan kita menyempurnakan ibadah Ramadan pada tahun ini dan menganugerahkan kegembiraan Syawal 1433H.

Bersempena dengan kemeriahan Syawal ini, marilah kita merapatkan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita agar dengannya akan timbul kesatuan atas satu aqidah dan ukhuwwah yang tinggi. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadikan ad-deen ini sebagai sistem yang mengatur kehidupan kita, dan menjadikannya (ad-deen) sebagai matlamat akhir kehidupan. Setiap perbuatan, keputusan, perasaan dan pemikiran kita harus menjadikan Islam sebagai neraca dan nilai. Hanya dengan ini umat Islam akan kembali kepada jati dirinya yang sebenar iaitu satu umat yang kuat dan memimpin, dan seterusnya membawa rahmat untuk manusia seluruhnya.

Semoga kita menjadi umat Islam yang bebas merdeka dari sebarang jalur fahaman yang menjauhkan kita daripada hakikatnya yang sebenar.

“Hari perayaan kamu yang terbesar ialah hari di mana Tanahair kamu dibebaskan dari pengaruh kekuasaan dan budaya asing, dan kamu di bawah pemerintahan berpandukan Al-Quran, kitab suci kamu” [Imam Hassan Al-Banna]

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Minal Aidin wal Faizin, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

Salam ukhuwwah.

Mohd. Noor Azib B. Asmangi
YDP ISMA DHL 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.