Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Rebut 10 Zulhijjah

Umat Islam semakin menghampiri bulan sambutan ibadah haji. Bagi mereka yang bertuah dan terpilih untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci pada kali ini, semestinya sedang merasai keseronokkan ibadah agung itu. Di Tanah Haram itulah menjadi tempat tumpuan yang mengumpulkan jutaan umat islam pada saban tahun dengan pelbagai warna kulit serta seribu satu karenah manusia akan kita jumpa. Namun yang pasti, bahang keseronokkan ibadah itu amat patut dirasai oleh semua umat islam walaupun sekali, tidak kiralah mereka yang dijemput Allah swt mengerjakan ibadah itu pada tahun ini ataupun mereka yang masih menunggu giliran mereka pada tahun-tahun hadapan. Kita doakan agar diri ini antara golongan yang akan dipilih Allah swt pada tahun-tahun akan datang untuk megerjakan ibadah tersebut.

Suka saya ingatkan bahawasanya kita sudah mendekati hari-hari yang terbaik dalam Islam iaitu sepuluh pertama Zulhijjah. Allah swt menyebut dalam al-Quran :

{ وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍِ } [ الفجر: 1-2 ]

Maksudnya : Demi waktu fajar. Dan hari-hari yang sepuluh

Ibnu Abbas menceritakan bahawasanya sepuluh hari itu ialah sepuluh pertama hari Zulhijjah.

Hadis daripada Jabir bin Abdillah di dalam Jami’ as-Soghir (1133) menyebut bahawanya Nabi saw bersabda : Hari terbaik di dunia adalah sepuluh hari Zulhijjah. Ibnu Hajar al-Asqolani menyebut : Secara zohirnya , sebab yang menjadikan sepuluh hari Zulhijjah ini hebat dari hari-hari yang lain ialah kerana berkumpulnya segala ibadah di satu waktu, seperti solat, puasa, sedeqah dan juga ibadah haji yang kita tidak boleh dapat di bulan yang lain. 523\2 Manakala Ibnu Taimiyyah (Majmu’ Fatawa 25\154), apabila beliau ditanya tentang perbezaan sepuluh Zulhijjah dan sepuluh malam terakhir Ramadhan,yang manakah lebih baik? Jawabnya : Sepuluh hari Zulhjjah lebih baik dari dari sepuluh akhir Ramadhan, dan sepuluh malam akhir Ramadhan lebih baik dari malam-malam sepuluh awal Zulhijjah.

Hadis ibnu Abbas :

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ: مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ. قَالُوا : وََلا الْجِهَادُ، قَالَ: وََلا الْجِهَادُ، إَِلا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ. [ صحيح البخاري، (969)

Maksudnya :Apakah amalan yang lebih baik daripada hari-hari seperti ini. Mereka bertanya : Walapun jihad? Jawab baginda : Walaupun jihad, kecuali seorang pemuda yang keluar membahayakan dirinya dan hartanya ( untuk jihad) dan beliau tidak pulang dengan apa-apa.

Di dalam Riwayat Tarmizi dan Abi Daud, Nabi saw bersabda yang maksudnya : Tidak ada hari yang amalan solehnya lebih Allah suka daripada sepuluh hari ini, mereka bertanya : Wahai Rasulullah walaupun jihad di jalan Allah? Berkata Rasulullah saw : walupun jihad di jalan Allah kecuali seorang pemuda keluar bersama hartanya dan beiau tidak pulang. Sunan Tarmizi (757) sunan Abi Daud(2438), sunan Ibnu Majah (1753)

Ibnu Hajar menyebut : Di dalam hadis ini menceritakan besarnya pahala jihad dan ianya ada beberapa maratib, tujuannya ialah mengerjakan sesuatu kerana Allah (بذل النفس لله ), dan disitu juga adanya sesuatu yang menjadi kelebihan dari yang lain seperti waktu-waktu tertentu,tempat-tempat tertentu, dan kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah daripada hari-hari yang lain. (fathul bari 2\533)

Antara amalan sunnah yang boleh kita lakukan pada sepuluh awal Zulhijah ini ialah :

Berpuasa. Ibnu Rajab al-Hanbali menyebut antara mereka yang berpuasa sepuluh hari ini ialah Abdullah bin Umar. Adapun satu hadis di dalam Sohih Muslim daripada Aisyah ra menyebut : Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sepuluh langsung (9\1176). Imam Nawawi dalam menghuraikan hadis ini menyebut : Sesungguhnya hadis ini membayangkan bahawasanya puasa di sepuluh pertama ini adalah makruh, yang dimaksudkan dengan sepuluh disini ialah dari hari pertama sehingga ke sembilan zulhijjah. Takwilan kepada hadis itu ialah Baginda saw tidak berpuasa kerana ada sesuatu halangan seperti sakit, musafir ataupun Aisyah ra tidak pernah melihat baginda saw berpuasa pada hari itu. Ataupun tinggalnya Nabi saw akan amalan tersebut sedangkan Baginda saw suka akannya adalah kerana tidak ingin ibadah itu di wajibkan kepada umat baginda saw.

Hadis Abi Qatadah dalam Sohih Muslim(1162) : Sesungguhnya Rasulullah saw di tanya tentang Puasa Hari Arafah, jawab Baginda saw : يكفر السنة الماضية و الباقية .maksudnya : ianya mengkifarahkan dosa yang sebelumnya dan selepasnya. Namun, puasa pada hari kesembilan iaitu Hari Arafah adalah sunnah kepada sesiapa yang tidak ada di Arafah sahaja,manakala orang yang ada di Arafah pula sunnahnya mereka berbuka kerana Nabi saw sendiri berbuka pada hari tersebut ketika haji wada’ haji yang terakhir Baginda saw.

Qiyamullail. Menghidupkan malam-malam sepuluh Zulhijjah kerana ianya dikira sebagai taqarrub kepada Allah

Zikrullah. Memperbanyakkan zikrullah juga adalah di tuntut untuk menghidupkan hari-hari sepuluh Zulhijjah ini. Allah menyebut dalam surah al-Hajj 28 : ويذكروا اسم الله في أيام معلومات maksudnya : Danmereka berzikir kepada Allah di hari-hari yang telah di maklumi. Kebanyakkan ulama menyebut hari-hari tersebut ialah sepuluh pertama Zulhijjah.

Taubat kepada Allah s.w.t. Kita sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah perlu selalu bertaubat kepada Allah tambahan pula hari-hari yang dikira sebagai hari terbaik di sisi Allah swt, dan juga cuba menjauhi segala larangan Allah swt.Kerana dosa menghalang seseorang mendapat sesuatu kebaikkan daripada Allah swt.

Bersedeqah dan berinfaq. Ianya juga merupakan sesuatu yang di tuntut di dalam Islam, antara hikmahnya ialah seseorang yang rajin bersedeqah dan berinfaq di jalan Allah swt maka hati mereka adalah hati-hati yang lembut dan masih lagi mempunyai sifat peduli kepada umat islam.Tambahan pula kita yang bakal berdepan dengan hari-hari terbaik di dalam Islam.Semoga kita bersedia untuk berinfaq dan bersedeqah di hari-hari terbaik tersebut.

Tidak lupa juga kepada semua amalan kebaikkan yang telah kita cuba lazimi dalam diri kita seperti solat berjemaah, berada di saf hadapan waktu solat,menghubungkan silaturrahim dan setiap amalan baik kita. Semoga kita terus bersedia untuk menghadapi hari-hari hebat yang bakal tiba..

 


Ustaz Muhammad Mursyid Abu Hassan
Ahli ISMA DHL
Graduan Islamic University of Medina,
Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi.

4 Comments

  1. rafidah 16/10/2012 at 9:23 am

    Jazakallahu khairan ustaz,

    Ilmu yang sangat bermakna…

    Terasa ada peluang kedua selepas 10 malam terakhir Ramadhan berlalu…

    dr rafidah

  2. Asma 17/10/2012 at 11:15 am

    Assalam..

    Ana kurang jelas dgn statement

    “Ibnu Rajab al-Hanbali menyebut antara mereka yang berpuasa sepuluh hari ini ialah Abdullah bin Umar. Adapun satu hadis di dalam Sohih Muslim daripada Aisyah ra menyebut : Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sepuluh langsung (9\1176). Imam Nawawi dalam menghuraikan hadis ini menyebut : Sesungguhnya hadis ini membayangkan bahawasanya puasa di sepuluh pertama ini adalah makruh, yang dimaksudkan dengan sepuluh disini ialah dari hari pertama sehingga ke sembilan zulhijjah. Takwilan kepada hadis itu ialah Baginda saw tidak berpuasa kerana ada sesuatu halangan seperti sakit, musafir ataupun Aisyah ra tidak pernah melihat baginda saw berpuasa pada hari itu. Ataupun tinggalnya Nabi saw akan amalan tersebut sedangkan Baginda saw suka akannya adalah kerana tidak ingin ibadah itu di wajibkan kepada umat baginda saw.

    Hadis Abi Qatadah dalam Sohih Muslim(1162) : Sesungguhnya Rasulullah saw di tanya tentang Puasa Hari Arafah, jawab Baginda saw : يكفر السنة الماضية Ùˆ الباقية .maksudnya : ianya mengkifarahkan dosa yang sebelumnya dan selepasnya. Namun, puasa pada hari kesembilan iaitu Hari Arafah adalah sunnah kepada sesiapa yang tidak ada di Arafah sahaja,manakala orang yang ada di Arafah pula sunnahnya mereka berbuka kerana Nabi saw sendiri berbuka pada hari tersebut ketika haji wada’ haji yang terakhir Baginda saw.”

    UZAR pula menggalalkkan puasa bagi yang tidak menunaikan haji..Mana satu ni?

    b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

    Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

    “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

    Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

    Rujuk: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

  3. mursyid 17/10/2012 at 12:58 pm

    Maafkan saya,rasanya content apa yg ada dalam statement UZAR dan pencerahan yang saya buat adalah sama sahaja.Puasa hari ke sembilan adalah sunnah sebab Nabi saw menyebut ianya sebagai penghapus dosa yang lalu dan tahun kemudianya.Dan ianya di galakkan kepada mereka untuk berpuasa,tetapi puasa ini bagi mereka yang tidak ada di tempat masya’irr haji sahaja,kerana sunnahnya Nabi saw sendiri berbuka dan tidak berpuasa ketika hari tersebut iaitu hari arafah ketika menunaikan haji terakhir Baginda saw.

    Tentang kata Ibnu rajab alhanbali itu,beliau menceritakan tentang fadilat berpuasa 10 pertama zul hijjah (maksudnya dai satu zul hijjah hingga ke hari sepuluh).Namun Aisyah ra meriwayatkan beliau tidak pernah melihat nabi berpuasa di hari-hari tersebut,imam nawawi memberikan beberapa keuzuran kepada hadis aisyah ini seperti saya nukilkan iaitu kemungkinan beliau tidak melihat dan kemungkinan nabi tinggal puasa hari pertama sehingga hari kesembilan ini supaya ibadat nabi saw itu tidak diwajibkan kepada umat Islam kerana waktu itu nabi saw ialah sumber syariat,apa yg nabi buat dan dilihat nabi melaziminya maka para sahabat akan ingt itu adalah seperti wahyu.

    mursyid

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online