Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pengharaman Amalan Syiar Islam di Angola Dikutuk Kesatuan Ulama Sedunia

 

8cb2e31444e5ea0f42ed7c194668f193_XL
Kesatuan Ulama Sedunia mengutuk kerajaan angola melarang umat islam mengamalkan syiar islam di tanah air mereka
 
dan menyeru pertubuhan antarabangsa untuk mempertahankan hak umat islam di angola
 
pada 25 november (semalam) banyak media melaporkan tindakan kerajaan angola menyekat islam dan tidak suka dengan islam yang ekstrim, pada 17 oktober lalu, sebuah masjid di bandar luanda telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
 
kesatuan ulamak sedunia mengutuk pendirian ini, kerana ia melanggar hak asasi manusia dalam kehidupan, kebebasan beragama, juga melanggar asas toleransi dan kehidupan aman, terutama di afrika, di mana separuh penduduknya adalah muslimin, islam juga telah membentuk budaya dan thaqafah negara, kesatuan berpandangan:
 
1. menyeru angola menarik balik qarar yang zalim ini, kembali kepada keadilan, jgn tersilap antara islam dan golongan yang ekstrim, dan pengamalan yang pelik atas nama islam dan syariatnya.
 
2. menyeru pbb dan majlis hak asasi pbb secara khusus untuk menjaga hak kebebasan beragama dan kebebasan bersuara, dan masuk campur dalam keadaan terkini di angola, dan mempertahankan hak muslimin di angola dan menjaga syiar islam di angola.
 
3. menyeru pertubuhan2 antarabangsa dan pertubuhan2 hak asasi manusia agar segera masuk campur dalam isu angola untuk memperbetulkan pendirian kerajaan angola yang berunsur perkauman, 
 
4. menyeru pemerintah2 muslimin di afrika untuk mempertahankan umat islam yang lemah di angola, 
 
5. menyeru pemimpin muslim di angola supaya bertahan, solidariti bersama anda, 
 
6. menyeru seluruh umat islam agar menjauhi fahaman ekstrim dalam mengamalkan islam.
 
kenyataan ini ditandatangani oleh setiausaha agung kesatuan ulama sedunia, ustaz doktor ali qurah daghi dan ketua kesatuan ulama sedunia, dr yusuf qaradawi.
bertarikh 25 november 2013.
 
2. Kenyataan ini dipetik oleh Al-Jazeera berbahasa Arab:
 
Antara kandungan berita:
1. Memetik kandungan kenyataan Kesatuan Ulama Muslimin – kutuk kerajaan Angola dan seru campur tangan luar.
 
2. akhbar ‘lanopal tribune’ yang diterbitkan di angola berkata,  muslimin pelampau tidak dialukan di negara angola, dan kerajaan tidak bersedia untuk me’legal’kan kewujudan masjid di negara itu.
 
akhbar yang sama bertarikh 22 november melaporkan bahawa ‘perasaan takut kepada islam radikal tidak meluas kepada org barat’ (hanya sedikit org barat yang takut kepada islam radikal).
 
menteri kebudayaan roza cruz berkata, usaha melegalkan islam belum mendapat kelulusan kementerian keadilan dan hak asasi, oleh itu masjid akan ditutup sehingga islam dilegalkan.
 
3. akhbar the las vegas guardian ekspres terbitan amerika melaporkan bahawa dalam perlembagaan angola terdapat perkara yang menjamin hak kebebasan beragama kepada semua rakyat tetapi hak muslimin terkecuali kerana bergantung kepada keadaan semasa di angola (wifqan li suhuf adidah fi angola)
 
akhbar itu juga mengesahkan islam dipulaukan, dan menjadikan angola sebagai negara pertama di dunia yang mengambil pendirian keji terhadap umat islam.
 
akhbar itu juga melaporkan bahawa kementerian kebudayaan angola berkata, keutusan untuk menutup masjid adalah langkah terakhir dalam usaha kerajaan berhadapan dengan kumpulan agama yang tidak rasmi, dan berkata undang-undang baru akan dikuatkuasakan yang menetapkan memeluk sesetengah agama akan dianggap sebagai ‘jenayah’.
 
presiden angola pada ahad lalu berkata, negara angola telah menetapkan sekatan ke atas islam kali pertama dan ia sebagai kali terakhir, menurut laporan akhbar amerika itu.
 
penganut kristian sebanyak 95% daripada keseluruhan rakyat negara itu, manakala umat islam hanya sekitar 80-90 ribu orang.
***Kesimpulan: Adakah Islam di Angola diharamkan? Nantikan kenyataan rasmi kerajaan Angola. Kenyataan ini masih boleh dipersoalkan. Bagaimanapun, respon Kesatuan Ulama Sedunia menunjukkan sesuatu yang buruk sedang berlaku kepada umat Islam di Angola.
Tagged with:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online