Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pemuda Aset Utama Gerakan Islam

Gerakan islam perlu membina generasi muda yang merupakan pelapis bagi menerajui organisasi sekiranya mahu bertahan dalam jangkamasa yang panjang. Begitulah pandangan beberapa orang tokoh dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

ustaz madBagi Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Ustaz Mohamad bin Ismail, pemuda itu sendiri perlu berebut-rebut untuk melakukan kebaikan sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh dua orang sahabat besar, Saidina Abu Bakr dan juga Saidina Umar Al-Khattab.

“Abu Bakr dan Umar sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan sebagai contoh, Umar menginfakkan separuh dari hartanya, tetapi Abu Bakr pula menginfakkan seluruh hartanya. Banyak lagi contoh persaingan sihat yang ditunjukkan oleh Abu Bakr dan Umar yang boleh kita contohi.”

Beliau juga menekankan tentang pentingnya ahli-ahli ISMA sentiasa merasakan bahawa merekalah yang perlu bekerja dan bukan beranggapan ‘ini bukan kerja aku’.

Setiausaha PEMBINA Pusat, Ustaz Salman bin Abd Rahman pula menggesa golongan pemuda supaya menanam cita-cita yang ustaz salmanbesar di dalam diri masing-masing.

Beliau memetik beberapa kisah zaman awal dakwah Rasulullah yang mana pada ketika itu umat islam dalam keadaan serba kekurangan, tetapi Rasulullah membayangkan bahawa umat islam akan membuka kota-kota besar seperti Rom dan Parsi.

“Rasulullah mengajar kita supaya mempunyai cita-cita yang besar. Walaupun kuasa-kuasa besar dunia sekarang mempunyai kelengkapan yang hebat, tak mustahil satu hari nanti kita mampu untuk menjadi lebih hebat dari mereka.” Tegas Beliau.

ustaz bilalGraduan Universiti Al-Azhar yang juga ahli kumpulan nasyid Fetya yang sedang meningkat naik pada masa kini, Ustaz Bilal Jailani pula menyarankan agar golongan pemuda khususnya ahli ISMA agar sentiasa berdisiplin dalam berorganisasi.

“Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam sesebuah organisasi. Amat penting bagi seorang ketua untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap ahli untuk menggunakan potensi ahli seoptima yang mungkin.” Jelas beliau.

Di samping itu, beliau juga menyeru setiap ahli memahami hala tuju organisasi yang disertai supaya dapat bersama-sama memacu organisasi bergerak untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh pimpinan.

Hanafi Sarif
Wartawan ISMA DHL

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online