Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pewaris Risalah

pr

Bandar Baru Bangi, 22 Feb – “Tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa selaku  pendakwah melainkan anak-anak turut memahami dan mewarisi tugas menyampaikan risalah Ilahi” ujar YDP ISMA DHL, Saudara Azib Asmangi ketika berucap di dalam Program Generasi Harapan (PGH).

Mengulas satu hadis berkenaan Ghulam Dakwah beliau berkata “Sebenarnya dalam kita menelusuri hidup ini, anak-anak kita pasti akan sentiasa berhadapan dengan dua tarikan ini. Jika kita ditarik dengan tarikan Iman (Islam) pasti kita akan selamat”

Hadis yang berkisar mengenai seorang remaja yang berada di dua persimpangan antara jahiliyah dan kebenaran ini, dibawa kepada remaja yang berusia sekitar 12 hingga 17 tahun ini bertujuan meningkatkan kesedaran supaya mereka berhati-hati dan bijak dalam membuat pilihan dan sentiasa berpegang kepada jalan Islam sebagai jalan yang paling selamat.

Adalah menjadi satu lumrah seorang remaja berdepan dengan cabaran dan tarikan jahiliyah yang indah di pandangan mata, namun asas akidahlah yang menyelamatkan mereka dari menyimpang  jauh ke jalan kesesatan.

Beliau berkata demikian kepada 21 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak aktivis ISMA Daerah Hulu Langat di kediaman beliau di Bangi.

Azmi Bin Ibrahim
Ketua Musyrif,
PGH DHL.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online