Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Hujan turun Hasil Memohon Ampun daripada Allah

317257_305027246193432_619139000_n

Kajang, 1 Mac – Keadaan panas dan kering serta hujan yang tidak turun lebih sebulan di kebanyakan kawasan merupakan sebahagian dari ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita, dan meminta ampun atas dosa-dosa kita adalah salah satu cara memohon hujan diturunkan.

Demikian yang dinyatakan oleh Setiausaha Protem ISMA Kajang, Fadhil b Basery mengenai musim kemarau yang kini melanda di kebanyakan negeri di Malaysia.

“Musim kemarau merupakan satu ujian daripada Allah untuk menduga sejauh mana kita pernah bersyukur atas nikmat air yang selama ini kita perolehi. Atas sebab itu, kita harus banyak mengucapkan istighfar seperti disarankan oleh para Nabi yang terdahulu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau merujuk kepada ayat 10 dan 11 pada Surah Nuh di dalam al-Quran, tatkala Nabi Nuh a.s menasihatkan kaumnya agar memohon ampun atas dosa-dosa mereka kepada Allah, agar diturunkan hujan mencurah-curah ke atas mereka.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai agar menjauhi segala perkara yang ditegah oleh agama, serta mengadakan solat sunat Istisqa’ di kawasan masing-masing untuk memohon diturunkan hujan.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam pada itu mengambil beberapa langkah termasuklah membuat catuan bekalan air bagi menghadapi penurunan paras air di empangan-empangan sekitar negeri ini.

Langkah lain seperti melakukan pembenihan hujan turut dirancang kerajaan sebagai persediaan sekiranya paras air terus menurun

 

Sumber : ISMA Kajang

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online