Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

ISMA Luaskan Dakwah Dengan Cawangan Baru ISMA Kajang

1456015_629316523788359_709147806_n

Kajang, 26 Feb- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meluaskan program dan aktiviti dakwah Islamiah melalui penubuhan cawangan baru, ISMA Kajang hari ini.

Penubuhan itu disempurnakan secara rasmi apabila Mesyuarat Agung Tahunan cawangan berlangsung dengan perlantikan Nazif Emran bin Farid sebagai Yang Di-Pertua Protem ISMA Kajang.

“Penubuhan ini selari dengan hasrat ISMA untuk kita terus memacu gerak kerja dakwah dan tarbiyyah khususnya di kawasan Kajang,” ujar beliau.

“ISMA Kajang akan memberikan fokus kepada aktivisme Dakwah, Belia dan Wanita pada peringkat ini dan akan dikembangkan sesuai dengan keadaan semasa,” tambahnya lagi.

ISMA merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) aktif menjalankan program berbentuk dakwah kepada masyarakat Islam serta terkedepan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan Islam yang sering terancam kebelakangan ini.

Ancaman kepada Islam seperti aliran pemikiran liberalisme, pluralisme, feminisme, syiah, anti-hadis dan murtad semakin serius menyebabkan ISMA mengambil langkah aktif menjalankan pelbagai program memberikan kesedaran kepada masyarakat tentangan ancaman-ancaman ini.

Naib Yang Di-Pertua Protem ISMA Kajang, Engku Zakir Hussein bin Syed Abdullah menyatakan umat Islam perlu bersatu padu dan meningkatkan kefahaman mengenai isu semasa terutama yang melibatkan Islam demi memelihara kesucian dan maruah agama.

Minit mesyuarat akan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada proses penubuhan ini.

Kajang merupakan sebuah kawasan dalam daerah Hulu Langat, Selangor yang mempunyai majoriti penduduk Islam dan berbangsa Melayu.

 

Sumber : ISMA Kajang

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online