Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pentarbiyahan Awal Kanak- Kanak Lahirkan Pemimpin Hebat

12387_3807440920768_17700984_n

Bangi, 22 Feb- Satu program yang dinamakan Training of Trainers (TOT) NAZIM Semalaysia anjuran Biro Keluarga & Masyarakat (BKM) dan Kelab Anak- Anak Hebat (NAZIM) telah diadakan bertempat di Surau Al- Khautar, Seksyen 4.

Sebagai pembuka bicara, Pn. Zaharah Johari yang juga merupakan Ketua NAZIM Pusat menjelaskan bahawa setiap daripada kita hendaklah menanam dalam  diri masing- masing bahawa keterlibatan dalam NAZIM hendaklah merupakan pilihan diri sendiri dan bukannya secara kebetulan. Dengan itu, segala perancangan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Apa yang kita buat, niatlah kerana ingin mencari redha Allah. Dengan itu barulah kita akan buat yang terbaik kerana kita tahu kita ingin mempersembahkannya kepada Allah”.

Jelas beliau lagi, sejak  bergerak aktif dengan NAZIM, banyak manfaat yang mampu diperolehi antaranya ialah beliau mampu membina dan mengemudi keluarga dengan lebih baik.

Menyedari pentingnya pendidikan awal kanak- kanak dalam pembentukan jati diri mereka di kemudian hari, Pn. Zahrah menegaskan bahawa kita sebagai orang yang lebih berusia dari mereka hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak- anak kerana mereka akan belajar dari apa yang kita buat.

“Cara kanak- kanak faham adalah dengan cara melihat tingkah laku kita. Oleh sebab itulah kita perlu mempunyai sikap yang baik”.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan bahawa tugas kita adalah ingin menyediakan anak- anak untuk menjadi dai’e yang mempunyai nilai- nilai yang dikehendaki oleh Allah itu. Oleh itu, asas yang perlu ada pada anak- anak ialah dengan mengenali Allah.  Tambah beliau lagi, kanak- kanak sering kali dilabelkan mempunyai imej yang kolot, oleh itu peranan kita juga adalah menyediakan mereka  untuk mempunyai kemahiran- kemahiran asas dalam pengurusan diri.

 

Roza Ismail

Wartawan Wanita ISMA DHL

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online