Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Minda Liberal Perosak Pemikiran

liberalisme-can-u-find

Saya berasa terkejut apabila seorang sahabat memberikan link artikel yang bertajuk ‘Liberalisme, Pluralisme anak muda semakin melebar’. Kemudian terpampang pula wajah anak muda yang diketengahkan iaitu Khalid Ismath dan Adam Adli. Apa yang bermain difikiran saya ketika itu, mereka ini adalah anak muda yang sangat berani. Berani melontarkan ideologi liberal yang merosakkan. Di sini tiada keraguan yang ingin saya katakan tentang Khalid Ismath yang terang-terangan mengaku dirinya sebagai pengikut ajaran sesat Syiah. Manakala Adam Adli yang menjadi anak muda sanjungan parti pembangkang Pakatan Rakyat yang sering mengungkapkan kata-kata yang berbaur hasutan.

Malaysia Gazzate telah menemuramah kedua anak muda ini tentang pandangan mereka terhadap Hak Asasi Manusia dan perlunya agama lain diberi kebebasan menyebarkan agama masing-masing. Apa jawapan mereka? Sila baca di link ini,http://malaysiagazette.com/nasional/liberalisme-pluralisme-anak-muda-semakin-melebar#ixzz2tq1T5dY0

Saya menulis bukanlah untuk mengulang kembali jawapan-jawapan yang dikatakan ‘minda terbuka’ oleh mereka akan tetapi tujuan saya adalah untuk membangkitkan suara anak muda Islam yang menolak ideologi dan fahaman liberal yang dicanang-canangkan oleh mereka berdua. Sungguh tidak adil sekiranya hanya golongan seperti mereka sahaja yang menyuarakan pendapat sebegitu. Walhal ramai yang sedia maklum, apa yang dibawa dan diperkenalkan oleh mereka hanyalah  sebuah ideologi kotor yang  jelas cuba mengaburi pemikiran cetek anak-anak muda masa kini.

Mengulas sedikit fahaman dan pendapat yang disuarakan Khalid Ismath iaitu mengapa harus dirisaukan masalah murtad jika meyakini Islam adalah agama yang benar. Biar saya meletakkan analogi seperti ini, mengapa kita mengangkat pakaian bila awan sudah mendung sedangkan kita tahu yang matahari akan muncul, Tuhan akan keluarkan kepanasan agar pakaian itu kering kembali. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah, sikap percaya pada Islam itu sesuatu yang baik, tapi ini bukan bererti yang kita boleh menutup mata membiarkan masalah yang mengecam nasib Islam, memurtadkan penganutnya, dibiarkan begitu saja. Allah menyuruh hamba-Nya berusaha untuk menegakkan kalimah-Nya, mempertahankan agama-Nya. Bukan sekadar berdakwah tetapi apabila ummat dalam kemelut dilema untuk dimurtadkan kita hanya biarkan saja. Tiada usaha di situ. Ibarat kita membawa harta yang banyak tetapi beg yang kita bawa itu terkoyak. Dan kita hanya membiarkan saja kerana yakin pada takdir yang kita masih ada rezeki. Tidakkah itu kerja yang sia-sia? Menyampaikan dakwah tetapi tidak mempertahankan agama. Jika Khalid Ismath mendakwa orang yang cuba mempertahankan Islam daripada dimurtadkan dengan memerangi dakyah kristian sebagai takut pada bayang-bayang sendiri,  seperti yang beliau sebut dalam pendapat beliau iaitu tidak perlu takut pada murtad.

Seterusnya, beliau juga menyebut tentang hak kesamarataan di mana agama lain juga mempunyai hak untuk berdakwah, saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal ini. Tetapi izinkan saya meletakkan soalan ini untuk pembaca fikirkan. Apakah yang telah kita lakukan untuk mengekang masalah dakyah kristian yang memurtadkan ummat Islam dengan wang ringgit, penulisan dan pujukan? Adakah dengan bersangka baik dan teruskan dengan dakwah itu sahaja mencukupi? Apa yang akan kita jawab pada Tuhan satu hari nanti bila ditanya tentang usaha kita mengekang masalah ini? Silakan jawab wahai pembaca budiman. Adakah berbaloi membiarkan begitu sahaja hanya dengan pegangan yang semua manusia ada hak yang sama rata untuk menyebarkan agama masing-masing, seperti perjuangan hak kesamarataan yang dilaung-laungkan oleh dua anak muda ini?

Sama-sama kita fikirkan.

Sebagai belia yang berilmu dan inteletual, kita hendaklah mendalami dan memahami setiap inci percakapan yang diutarakan oleh golongan liberal seperti ini. Benar, kita harus berfikiran terbuka dan mempelbagaikan cara dalam berdakwah akan tetapi bukan dengan cara memutar-belitkan fakta dan memanipulasikan kisah-kisah Rasulullah untuk hujahan umum.

Islam itu adalah agama yang benar dan tiada agama yang diterima di sisi Allah melainkan Islam seperti mana yang telah dirakamkan di dalam al-Quran, surah ali-Imran ayat 19, firman Allah SWT, yang bermaksud, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

 

Sabrina Zaifulizan & Nurul Hajjar Atan

Aktivis PEMBINA Bangi

Sumber : www.pembinabangi.com

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online