MH370 Doa dan Harapan dari ISMA

 

1912534_632422500144428_195696221_n

BANGI, 9 Mac 2014- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendoakan dan mengharapkan kesudahan yang baik kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih hilang.

Harapan itu diungkapkan Yang Di-Pertua ISMA Daerah Hulu Langat (ISMA DHL) Mohd Noor Azib Bin Asmangi mengenai kehilangan pesawat itu dari dikesan radar semenjak awal pagi semalam.

“Kehilangan pesawat MH370 merupakan satu tragedi yang mengejutkan semua pihak, namun begitu kita yakin dengan kesungguhan dan kemampuan pihak berautoriti daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pihak keselamatan negara untuk menyelesaikan teka-teki kehilangan pesawat ini,” ulasnya lagi.

“ISMA mengharapkan semua pihak bertenang dan terus mendoakan kesudahan yang terbaik kepada ahli keluarga yang terlibat agar terus bersabar dan menerima apa jua ketentuan,” katanya lebih lanjut.

Pesawat MH370 hilang dari dikesan radar selepas dua jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sepatutnya dijangka tiba di Beijing enam jam kemudian.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan pesawat itu.

Sumber : ISMA Kajang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.