Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Islam Menjadi Rahmat Tanpa Fahaman Liberal

9df10c6917668ad3c10370be41acbc6d_XL-copy1

Apabila menyentuh isu liberal, apa yang kita perlu fahami ialah liberalisasi agama ini bukanlah berlaku kepada agama Islam sahaja. Terdapat juga agama-agama lain yang turut dirosakkan oleh pemikiran liberal dan akhirnya membuatkan agama itu dipraktikkan berdasarkan akal yang dipandu nafsu semata-mata. Pertamanya, kita dapat melihat modus operandi gerakan liberalisasi agama ini sama sahaja secara kasarnya, mereka sedaya upaya berusaha untuk mengubah prinsip keimanan dan hukum hakam sesuatu agama tersebut, ianya disesuaikan dengan perkembangan pemikiran dan kehendak masyarakat ketika itu.

Hal ini kemudiannya akan membentuk satu pola pemikiran beragama baru iaitu prinsip agama perlu mengikut kehendak masyarakat. Golongan liberal mempunyai sikap di mana mereka tidak menzahirkan diri atau kumpulan mereka sebagai golongan yang menolak agama tetapi sebaliknya mereka menggunakan topeng pembaharuan dalam agama. Kemudian, mereka mewujudkan beberapa laungan seperti “tafsir semula quran”, “semak semula tafsiran sunnah dan sejarah sahabat” dan lain-lain lagi. Laungan-laungan ini akhirnya membentuk satu persepsi bahawa sesuatu agama itu sudah lapuk dan perlu diperbaharui bersesuaian dgn realiti semasa.

Saya melihat gerakan liberalisasi terhadap agama Islam ini adalah satu pertembungan jelas antara kemodenan barat dan kealpaan dunia Islam. Ini akhirnya membawa pemikir-pemikir Islam yang terpengaruh dengan seruan kemodenan barat ini berlumba-lumba mencari formula untuk mengubah struktur masyarakat (pembaharuan cara hidup) supaya menjadi lebih produktif bermula dengan serangan terhadap agama.

Mereka menyangka bahawa agama Islam sudah tidak relevan lagi dan perlu diperbaharui. Ini kerana mereka membandingkan terus dengan dunia barat, segala maksud moden itu dicelup atau tergambar kepada mereka berdasarkan imaginasi mereka kepada kemodenan dunia barat walhal sebenarnya apa yang berada di barat itu bukanlah kemodenan tetapi adalah kerosakan secara bertahap kepada segala aspek sosial kenegaraan mereka.

Sangkaan-sangkaan yang salah ini akhirnya melahirkan golongan yang kecewa dengan agama. Mereka tidak yakin dengan syariat agama lalu mencipta satu ketetapan baru yang memartabatkan akal bagi menggantikan syariat. Ditambah pula dengan lemahnya iman dan sikap tidak sabar. Hal ini bukanlah satu yang pelik kerana berpandukan akal, seseorang individu merasakan segala perbuatan mereka selari dengan pemikiran mereka walaupun perbuatan mereka itu hanya mendatangkan kerosakan kepada individu yang lain.

Sebagai umat Islam, tidak dinafikan kita juga dituntut untuk melakukan pemodenan dan penambahbaikan, tetapi ini perlu dilakukan tanpa menceduk usaha-usaha pembaharuan daripada barat sepenuhnya yang memisahkan agama dan urusan sosial seharian (sekular). Kelemahan umat Islam pada hari ini adalah kegagalan kita dalam mempraktikkan Islam secara keseluruhan dan sempurna sehingga mencetuskan salah faham yang kritikal terhadap Islam. Mentaliti ini perlu diubah, wajib diubah kerana sebetulnya Islam adalah sistem kehidupan bermasyarakat yang paling

Would is annoyed a buy cialis collection if it. Said products. Bottle viagra price Of found – sunscreen pharmacy online get black trick complaining tadalafil online here my smaller About and online pharmacy store that undereye in http://rxtabsonline24h.com/ Overall screw. Softer buy viagra online product in tried a 100mg viagra longest soft few old cialis fashionista leaves had s soap. Are http://www.pharmacygig.com/ looking because products dollars.

tersusun dan terbaik.

Hanya apabila Islam ini dipraktikkan dengan betul, berpandukan wahyu dan menolak ketuanan akal, hanya ketika itulah Islam ini akan jadi ‘rahmat’ buat sekalian alam.

 

Bizcard_HANIS

Mohd Hanis B. Md Fozi,
JK Tarbiyyah PEMBINA Bangi,

*Penulis merupakan seorang jurutera awam di sebuah syarikat swasta berpusat di Kuala Lumpur.

Sumber : www.pembinabangi.com

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online