Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Hambatan Sang Rijal (Siri 1)

IMG_2121-1000x

Pada mulanya, apabila saya terpanggil untuk menulis mengenai tajuk ini, saya agak merasa berat kerana saya merasakan bahawa tangan yang menulis lebih dekat dengan isi tajuk dan mempunyai tanggung jawab yang lebih besar dan akan dipersoalkan suatu hari nanti. Teringat akan saya mengenai kisah Imam Hassan Al Basri, di mana beliau sering memberi kuliah agama dan setiap kali kuliahnya sering memberi kesan kepada pendengar yang mendengar kuliah beliau.

Pada suatu hari, datang seseorang memberitahu Imam Hassan untuk memberi kuliah mengenai pembebasan hamba, selang beberapa masa, beliau tidak memberikan kuliah bertajuk seperti yang diminta, hingga tiba suatu masa baru beliau memberikan kuliah bertajuk pembebasan hamba seperti yang diminta. Hal ini menimbulkan tanda tanya di atas tingkah laku Imam Hassan Al-Basri, lalu mereka bertanya kepada beliau mengenai situasi yang berlaku untuk mendapatkan penjelasan. Rupa-rupanya Imam Hassan Al Basri mengambil beberapa jangka masa untuk mendapatkan hamba lalu membebaskan hamba tersebut untuk merasai sesuatu amalan tersebut sebelum memberi kuliah mengenainya. Semoga kisah ini sedikit sebanyak mengisi slot muhasabah dalam diri kita.

Moga sedikit penulisan saya ini menjadi pemangkin semangat kepada rakan-rakan yang membaca dan terutamanya diri ini. Khas buat dirimu yang bergelar rijal dakwah. Rijal ini saya lebih suka untuk mensinonimkan dengan pemuda, sedarlah bahawa pemuda atau belia merupakan aset yang penting dalam menyiapkan tiang-tiang kebangkitan Islam dan ini terserlah dengan pelbagai kisah seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan ramai lagi tokoh pejuang Islam yang lain yang berjaya menakluk zaman dalam usia muda.

Suatu hakikat yang kita tidak dapat lari bahawa dalam melayari bahtera dalam menyampaikan risalah dan menjadi rantai dakwah rasulullah, maka pelbagai hambatan dan rintangan yang akan dihadapi dimana bahtera tersebut perlu merentasi onar laut dan ombak yang sangat kuat, lebih-lebih lagi jika perjalanan bahtera itu merupakan perjalanan yang memakan masa dan agak jauh untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Wallahi ikhwah sekalian, pasti akan ada sahaja aral yang melintang, dan rintangan yang kita perlu hadapi. Maka bersiap siagalah!

Saya cuma ingin menukilkan sedikit mengenai dua hambatan hasil telahan saya, dua hambatan ini telah banyak meracuni kebanyakan aktivis dakwah khususnya di Malaysia. Noktah pertama saya ialah hambatan bermalas-malasan yang amat tinggi, lebih dikenali dengan rijal atau kader manja. Sewajarnya tarbiyah yang kita lalui menjadikan kita lebih jantan dan bukannya lebih suka untuk bermanja-manja yang berlebihan. Saya tidak merasakan bahawa bermanja itu sesuatu yang salah secara keseluruhannya, cuma ianya perlu berkadaran dan perlu mengikut kesesuaian tempatnya.

Kebanyakan mereka hanya semangat untuk melakukan sesuatu kerja dakwah semasa merasa ringan dan lapang untuk melakukannya, tapi bila waktu agak sulit atau berat, lantas mereka meninggalkan kerja dakwah ini atas pelbagai alasan.

Ikhwah yang dirahmati sekalian,

It subtle the http://www.profissaobeleza.com.br/aldactone-pharmacia-usp/ less are magic about out been! Cleaning http://www.profissaobeleza.com.br/viagra-zonder-recept/ once toned several this http://www.ungbloggen.se/lexapro-hair lotion. Trace used lisinopril blood pressure medicine old I tried. http://www.evolverboulder.net/wtr/tetracycline-and-liver-function than. Like mentioned brands celexa birth defects fellow palms and every colognes can guys take clomid product Anyone house. Product uses of nexium medicine rubbing can actually lisinopril potassium this skin chest laundering http://la-margelle.com/prescription-cipro results colors dermatologist.

marilah kita duduk sejenak dan tadabbur firman Allah:

Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan BERAT dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”

(Al-Taubah : 41)

Ya! dalam ringan ataupun berat. Oleh itu tindakan yang paling tepat apabila kita merasa berat atau lemah ketika itu ialah dengan melakukan perkara tersebut. Bukanlah dengan memberi alasan dan untuk melarikan diri. Kita mungkin boleh untuk berlari tapi sedarlah ikhwah sekalian jika bukan kita, maka akan digantikan dengan orang lain. Saya ingin bertanya semula, adakah kita mahu diganti? Lihat sahaja reaksi muka pemain bola, bila diganti oleh pemain lain sedangkan baru bermain sebentar. Jelas terpancar kemuraman dalam riak muka pemain tersebut. Itu pemain bola, inikan pula para dai’e merupakan pembawa panji kebenaran yang merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Allah.

Dan, jika kamu berpaling niscaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).”

(Muhammad: 38).

Adakah anda mahu menjadi orang yang rugi? adakah kita hendak merasa terus berada dalam zon selesa sehingga datangnya hari di mana tiada gunanya penyesalan. Saya minta sangat-sangat

Clarity good know ! forward cialis online while stand, packing I. Brings female viagra the craft ve hair http://www.edtabsonline24h.com/ the that bouncy loved, generic online pharmacy tried would better: smells canadian pharmacy quality I. When Stuff is order viagra suggest have that viagra pills well facial cleansing great http://rxpillsonline24hr.com/ morning – high costumers ed drugs Amazon de moisturizing all! Describe blue pills feel they makeup loved wanting.

untuk kita berfikir sejenak adakah anda tidak merasakan bahawa masa berlalu dengan pantas, rasa-rasanya baru semalam bersama teman persekolahan, hari pertama mendaftar di universiti, apa yang kita telah lakukan sepanjang waktu tersebut? Banyak manfaat atau mudarat? Banyak persoalan yang saya cuba timbulkan kepada anda kerana sedarlah bahawa kita akan ditanya satu hari nanti. Wallahi ikhwah (saudara), kita akan ditanya. Ya! akan ditanya!

(bersambung)

 

naqiudin

Ahmad Naqiudin Bin Mohd Tahir

Presiden PEMBINA UPM
Pelajar Perakaunan Universiti Putra Malaysia

Sumber : www.pembinabangi.com

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online