Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Hambatan Sang Rijal (Siri 2)

hambatan-rijal

Di manakah kita semasa kekejaman kepada umat islam di Central African Republic (CAR), Palestin, Syria dan negara-negara yang lain. Ada yang dipotong kakinya, ada pula yang dirogol dan dimakan anggota badannya. Bukankah Rasulullah bersabda ” Barangsiapa tidak mengambil peduli nasib saudara mereka, maka mereka bukanlah dari kalangan mereka”.

Saya mengulangi persoalan yang saya lontarkan pada awalnya, adakah kita lebih selesa bersama Flappy Bird, Dota dan PES? Habiskan kebanyakan masa di Facebook, Instagram dan Whatsapp? Mungkin kita merasakan kita ada banyak kisah silam yang tidak baik, sedarlah kita masih ada harapan,Allah dekat dengan kita. Teruskan melangkah. Bila jatuh, bangun semula dan teruskan melangkah setapak demi setapak pun tidak mengapa, yang penting anda berjalan!

Hambatan kedua yang saya rasa perlu untuk saya nukilkan ialah mengenai kisah sang rijal yang jiwang. Mungkin ada yang merasakan kes jiwang ini agak sensitif. Ikhwah yang dihormati, saya tidak nafikan perasaan cinta itu ada dalam setiap diri manusia termasuk yang menulis ini tidak terlepas. Hasil penilitian saya, hambatan untuk pemuda-pemuda lebih-lebih lagi para aktivis dakwah kebanyakan bukanlah dugaan wanita yang datang dalam bentuk yang berpakaian menjolok mata, adapun sebenarnya tidak dinafikan bahawa hal ini memberikan kesan kepada jiwa pemuda, sang rijal. Akan tetapi nokhtah penting yang ingin saya sampaikan ialah hambatan wanita kepada pemuda terutamanya para aktivis dakwah ialah ianya datang dalam bentuk yang solehah, berniqab dan memakai pakaian yang labuh, baju kurung dan bercakap dengan intonasi yang amat sopan santun.

Pada waktu itu, datanglah bisikan dalam hati sang rijal ini.

” Wah, telah datang bakal tulang rusukku yang menghilang selama ini..”

”Haa.. Macam inilah bakal zaujah (isteri) aku, ramah, sopan santun dan sedap mata memandang..”

“Sopan santun ukhti (saudari) ni, dah lah qowiy (hebat) , mesti sangat baik dan boleh kejut aku tahajjud lepas kahwin nanti, bahagianya..”

“..(menyanyi lagu-lagu jiwang dalam hati)..”

Wah! sungguh belitan iblis dan syaitan itu sangat hebat ya. Mudah-mudah sahaja kita dibelit dan diikat. Jujur, saya harap kita untuk cuba berwaspada dalam perkara ini, atau mudahnya saya dapat simpulkan permasalahan ini dengan terma ”Cinta Enta Enti”.

“Ala.. Kita hantar pesanan berbentuk nasihat dan tazkirah .. Ini persediaan sebelum ke arah Bait Muslim (Rumah tangga Muslim) la.”

Jatuh bangun Seorang lelaki terutamanya pemuda, banyak berkait rapat dengan insan yang dipanggil wanita. Saya ingin menyarankan dengan jelas, jika anda telah minat kepada seseorang atau telah merasa mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah. Tidak perlu ditunggu tempoh yang terlalu lama, dengan alasan hendak berkenal-kenal terlebih dahulu. Hasil penelitian saya, telah banyak kes yang saya jumpa di mana si suami yang tidak terlalu mengenali si isteri, akan tetapi dapat hidup bahagia berpanjangan dalam rumah tangga mereka selepas melangkah ke gerbang perkahwinan dan sebaliknya pula terjadi kepada yang telah mengenali untuk tempoh yang terlalu panjang dalam beberapa kes.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.”

Saya harap untuk kita dapat menjaga dengan sebenar-benar penjagaan dalam perkara berkaitan ikhtilat (pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan) ini. Hukum asas hubungan antara lelaki dan perempuan ialah haram pada asasnya, adapun beberapa rukhsah (kelonggaran) dalam perkara ini seperti belajar, urusan jual beli, belajar dan beberapa perkara yang lain, maka janganlah kita mengambil hal yang dilonggarkan ini dalam keadaan mengambil kesempatan atau menganggapnya isu yang picisan dan remeh temeh.

Tidak dapat dinafikan arus globalisasi yang mengancam jiwa pemuda, antaranya dalam faktor nilai mas kahwin dan kos perbelanjaan majlis perkahwinan yang tinggi antara faktor budaya yang memberi kesan kepada pemuda-pemuda zaman kini. Adapaun perkara tersebut, berpuasalah bagi yang mereka yang belum mampu dan mempunyai bebanan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan sedarlah bahawa persiapan terpenting adalah diri anda itu sendiri, iaitu dari faktor keimanan, kejiwaan, dan keilmuan. Adapun faktor ekonomi, dan faktor-faktor lain, yang memberi kesan secara tidak langsung  tetapi hakikatnya ianya bukan menjadi faktor utama. Yakinlah jika jalan yang anda ambil ini untuk membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu.

Akhir kata, kita sebenarnya rijal yang merupakan sang singa yang sangat digeruni, akan tetapi atas beberapa hambatan yang mencengkam telah menyebabkan banyak sang rijal yang dulunya kuat mengaum, tetapi kini menjadi sang kijang yang terkinja-kinja kesakitan bila diserang dan dibaham. Saya menyeru kita semua termasuk diri ini yang banyak kekhilafan ini untuk kita kembali menjadi sang rimba dan menjadi rijal jantan untuk membawa risalah ini. Manakala mengenai isu jiwang yang berkait rapat dengan wanita, pesanan terakhir saya dan penutup ialah dengan satu pesanan daripada seorang akh (saudara) kepada saya satu ketika dahulu, kata-kata beliau telah membuatkan saya berfikir dan bermuhasabah, semoga ianya membuatkan anda yang membaca berfikir juga. Katanya:

“Biar kita tidak dapat wanita yang kita minati di dunia ini, tapi janganlah kita terlepas akan bidadari di syurga nanti”

 

naqiudin

Ahmad Naqiudin Bin Mohd Tahir
Presiden PEMBINA UPM
Pelajar Perakaunan Universiti Putra Malaysia

Sumber : www.pembinabangi.com

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online