Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Kes pasangan di Sweden, jelas Humanisme musuh Islam

1606888_640601129326565_840933044_n

BANGI, 28 Mac 2014 – Pasangan ibubapa warga Malaysia yang dijatuhi hukuman penjara sepuluh dan 14 bulan di Sweden kerana didakwa memukul anak mereka disebabkan tidak bersolat membuktikan dengan jelas humanisme adalah bercanggah dan memusuhi Islam.

Demikian ditegaskan Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Daerah Hulu Langat (ISMA DHL), Mohd Noor Azib b. Asmangi ketika ditemuramah mengenai isu itu.

Shalwati Norshal dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sweden, mencetuskan persoalan umum berhubung hukuman itu.

“Ini bukti bahawa nilai hak asasi Barat bertentangan dengan Islam bahkan agama lain, lantaran mereka menjadikan sekular sebagai sistem hidup,” jelas Mohd Noor Azib.

“Barat berpegang kepada humanisme yang hidup bertuhankan akal manusia semata-mata, tidak menjadikan agama sebagai sumber kepada sistem kehidupan,” tambahnya lagi.

Beliau memetik ayat 56, Surah Az-Zariyat yang bermaksud “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku,” dan menjelaskan humanisme lari dari fitrah asal kejadian manusia.

“Oleh sebab itu umat Islam harus menolak fahaman humanisme ini. Sekularisme dan libealisme adalah sebahagaian daripadanya yang juga wajib ditolak,” jelas beliau menekankan bahaya humanisme.

Beliau menyarankan umat Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dalam sistem kehidupan dan berpesan bahawa Islam memerintahkan supaya mendidik anak dengan acuan agama sejak lahir, bahkan sejak dalam kandungan lagi.

Mohd Noor Azib turut mendoakan semoga keluarga tersebut tabah dan meneruskan dengan proses perundangan seterusnya (rayuan) dan mengajak seluruh umat Islam juga mendoakan kebaikan untuk mereka.

 

 

Yudi Kurniawan bin Budi

Wartawan ISMA Kajang

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online