KRIM DHL Lahirkan Remaja yang Berdaya Saing dan Berkemahiran

BANDAR BARU BANGI, 20 September– Golongan remaja pada masa kini berhadapan dengan ancaman gejala sosial dan kecelaruan identiti. Kecanggihan teknologi dan penggunaan gajet yang sinonim dengan remaja menambahkan kemelut lahirnya remaja yang kurang berkemahiran dan berdaya saing.

krim 2

Atas dasar keprihatianan itu. Kelab Remaja ISMA cawangan Hulu Langat dengan kerjasama Surau Islah, Kajang Mewah menggalas cabaran berat menganjurkan Program Cuti Sekolah 2014 untuk remaja sekitar kariah Kajang Mewah, Kajang. Mengangkat tema “Minda Cerdas, Fizikal Cergas” program selama tiga hari bermula 17-19 September 2014 telah mendapat sambutan yang hangat sehingga penyertaan melebihi kuota iaitu seramai 100 orang peserta. Pihak penganjur juga terpaksa menolak penyertaan di saat-saat akhir.  krim 4

Pakej program yang bermula hari pertama dengan modul hafazan daripada Raudhatul Huffaz, slot motivasi ‘Anda seorang Wira’ dan slot komunikasi dan pidato telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan komentar positif daripada peserta. Pada hari kedua pula, peserta telah didedahkan dengan pakej survival hidup seperti kemahiran pertolongan cemas (CPR), kemahiran membaiki basikal, menggosok dan melipat pakaian. Kemuncak kepada program adalah aktiviti menyembelih dan membersihkan ayam. Aktiviti membakar muffin dan membuat sandwich melengkapkan agenda program pada hari terakhir.

krim 3

Rata-rata peserta dan ibu bapa sangat berpuas hati dengan pengisian program yang berjaya melahirkan remaja yang bukan sahaja berketerampilan malahan mempunyai kemahiran tinggi dalam survival kehidupan.Nyatanya program ini telah memberi impak apabila Kelab Remaja ISMA sehingga berjaya memperolehi keahlian baru sebanyak 43 keahlian dan selebihnya diserap ke dalam Kelab NAZIM.

krim 1

Marini Hassim

Wartawan Media ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.