Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Pluralisme Ancam Akidah Umat Islam

BANGI, 20 November – Umat Islam mesti berwaspada terhadap ancaman pluralisme yang giat dikembangkan oleh pihak tertentu dan boleh menggugat akidah umat Islam, terutama di Malaysia, kata penceramah bebas, Ustaz Fauzi Asmuni selaku Naib Presiden 1 Ikatan Muslimin Malaysia.

Dalam ceramah Tafaqquh Fiddin di Surau al-Islah, Kajang semalam, Ustaz Fauzi menyentuh isu pluralisme yang semakin menjadi kekeliruan orang ramai terutama orang Islam sehingga terdapat golongan mengaku Islam yang menyokong fahaman sesat terbabit.

Menurutnya, umat Islam tidak harus mudah menerima sesuatu perkara tanpa memikirkan baik buruknya terlebih dahulu dengan menggunakan akal yang dianugerakan kepada kita.

“Islam merupakan agama yang mengajak umatnya berfikir untuk mencari kebenaran.

“Orang yang sudah diberi kefahaman mengenal Islam serta berada di sekitar muslim tetapi masih tidak menerima Islam adalah manusia yang tidak menggunakan akal yang dianugerahkannya.

“Jika mereka masih menolak agama Islam bererti mereka tidak menggunakan akal yang dikurniakannya dengan baik”, ujarnya.

Antara ayat al-Quran yang Allah SWT menganjurkan umatnya agar befikir seperti dalam surah an-Nahl ayat 11 dan 69, surah Yunus ayat 24, surah ar-Rad ayat 4 dan surah al-Baqarah ayat 266 serta surah-surah lain yang menekankan supaya manusia berfikir agar mereka berada di jalan yang benar.

Ustaz Fauzi menjelaskan ramai yang menganggap fahaman pluralisme adalah mengakui kewujudan agama dan harus bersikap toleransi antara agama.

“Sedangkan pencipta fahaman pluralisme itu sendiri menginginkan manusia memahaminya dengan menganggap semua agama adalah sama dan benar, bukan hanya bertoleransi antara semua agama”, jelasnya.

Dalam Islam, sudah tentu menganggap semua agama adalah benar merupakan sesuatu yang salah kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima dan diredhai oleh Allah SWT seperti terkandung dalam surah al-Imran ayat 19.

Oleh itu, Ustaz Fauzi berpesan kepada semua hadirin agar jangan sesekali kita leka dengan perancangan musuh kerana mereka tidak pernah berehat daripada menjalankan kerja mereka untuk menjauhkan manusia dengan Islam.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online