Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

KEMELUT PERPECAHAN UMAT ISLAM: IKTIBAR DARI PERISTIWA KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYAH

ini-sejarah-kita

Bilangan tidak menentukan kekuatan dan kekuatan tidak bergantung penuh kepada bilangan. Teringat akan kata-kata pemikir Islam yang berasal dari Syria di zaman kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, Syakib Arsalan, “Adakah kita mahu mengumpul angka-angka kosong untuk membina semula khilafah? Sesungguhnya khilafah tidak akan terbina di atas angka-angka kosong ini.” Angka kosong ini merujuk kepada umat Islam yang ramai tetapi tidak berkualiti. Jelaslah, penyelesaian umat Islam hari ini bukan untuk meramaikan penganutnya, tetapi membina semula kekuatan umat Islam atas dasar keimanan dan perpaduan umat Islam.

Kejatuhan empayar Khilafah Uthmaniyah yang seterusnya menjadi titik noktah kepada sistem khalifah Islam ini seharusnya menjadi satu iktibar besar kepada umat Islam pada hari ini dalam menangani isu perpecahan yang terjadi dalam kalangan umat Islam. Dunia ketika itu menyaksikan antara faktor yang menjadi punca kejatuhan empayar Khilafah Uthmaniyah salah satunya adalah berlaku perpecahan dalam umat Islam dengan pelbagai sebab dan alasan.

Kita mungkin berasa aneh bagaimana empayar Uthmaniyah ketika itu yang dikatakan menguasai hampir 2/3 dunia dan menaungi banyak negara Islam lain tetapi saat digulingkan, mereka tidak mendapat sokongan dari negara Islam yang lain. Pergolakan masalah dalaman yang dihadapi oleh negara-negara Islam ketika itulah yang menjadi sebab mereka tidak dapat menawarkan bantuan kepada empayar Uthmaniyah. Dapatlah kita gambarkan betapa teruknya kekeliruan dan perpecahan yang berlaku dalam umat pada ketika itu.

Usaha pembaratan yang dilakukan ke atas umat Islam pada empayar Uthmaniyah terjadi begitu pesat. Ini telah menyaksikan sehingga umat Islam sendiri berasa ta’jub kepada Barat. Ketika itu muncul pelbagai isme dan teori-teori Barat hinggakan teori yang tidak masuk akal seperti teori Darwin yang menyatakan manusia berasal daripada beruk turut diterima. Ini adalah antara kekeliruan yang menyusup dalam pemikiran umat Islam pada masa itu.  Usaha pembaratan ini bukan sahaja terjadi kepada pemikiran malah masuk membarah ke dalam kehidupan umat Islam waktu itu. Walhal, jika kita imbas semula sejarah Islam pada zaman khilafah sebelum Uthmaniyah, umat Islam adalah peneraju dalam segala aspek kehidupan dunia. Siapa yang dapat menafikan ilmu perubatan yang pertama dikaji adalah oleh umat Islam? Siapa dapat menyangkal bahawa ilmu astronomi telah lama dulu dikaji oleh umat Islam? Dan siapa yang tidak tahu bahawa sistem Islam ketika dari zaman Rasulullah sehingga zaman khilafah adalah sistem yang sempurna yang meliputi segala aspek kehidupan? Jadi adalah satu tanggungjawab untuk umat Islam kini bangkit mengembalikan semula Islam ke tempat yang tertinggi dan selayaknya seperti zaman kegemilangan sebelum ini atau lebih hebat lagi.

Ibarat retak menanti belah, ketika penggulingan empayar Uthmaniyah, terdapat beberapa orang Yahudi menjadi ahli dalam sistem syura, padahal sistem khalifah yang kita sedia maklum adalah sistem Islam keseluruhannya dan tidak mungkin bercampur dengan yang selain Islam dari segi tukang pelaksana dan system itu sendiri, tetapi sejarah telah menyaksikan betapa sistem khalifah ketika itu telah rosak sebegitu rupa akibat campur tangan yang bukan Islam. Yahudi telah menguasai umat Islam dan sesungguhnya mereka tidak akan tenang dan berdiam diri selagi mana umat Islam tidak mengikuti agama mereka, semua ini telah dirakam di dalam Al-Quran, surah Al-baqarah ayat 120.

Namun pada hari ini, usaha demi usaha telah dilakukan untuk mengembalikan semula sistem khilafah Islam dan antaranya ialah pentarbiyahan umat Islam yang bermula daripada individu Muslim sehingga ke peringkat besar yang seterusnya. Pentarbiyahan umat Islam yang bermula daripada individu dipercayai lebih memberi kesan hebat berbanding memulakannya daripada tampuk pemerintahan. Ini telah dibuktikan oleh Rasulullah sendiri yang pada zaman awal Islam, baginda sendiri yang mentarbiyah sahabat-sahabat sehingga menjadi hebat dalam menyampaikan Islam dan ketahuilah bahawa para sahabat kebanyakan daripada mereka tidak meninggal dunia di daerah kampung mereka sebaliknya mereka syahid di tempat yang mereka diutuskan menyebarkan Islam. Usaha ini tidak akan pernah berhenti sehingga Islam itu menjadi penaung di dunia ini dan janji Allah untuk memenangkan Islam termaktub di dalam firman-Nya yang bermaksud, “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka” (Surah An-Nur, ayat 55).

Oleh itu, marilah kita membuat sehabis daya untuk mengembalikan kegemilangan dan pemerintahan empayar Khilafah Islam dan hapuskan segala perpecahan dalam umat yang sebenarnya perpecahan itu tidak menatijahkan apa-apa kebaikan. Waallahu a’lam.

Oleh: Nur Syuhada Mohd Ataa

Ahli Media Biro Dakwah ISMA DHL.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online