Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Ramadan, memupuk jiwa mujahadah

Perut dah pedih dan berkeroncong. Tekak haus yang amat. Tersaji di depan mata sebiji gelas air sirap ais dihiasi biji selasih.

Alangkah indahnya kalau dapat ku hirup air ini. Alangkah nyamannya andai kesejukan sirap itu membasahi tekak ini.

Maka bermulalah pertarungan. Pertarungan antara nafsu yang nak menghulur tangan mencapai gelas berisi air sirap ais berisi biji selasih, dengan iman yang menahan tangan daripada berbuat demikian kerana belum tiba waktu berbuka.

‘Sabar.. belum masanya lagi. Tahan diri..tahan. Sikit lagi. Bila Allah dah beri nanti, maka nikmatilah rezeki Allah ini’, iman memujuk diri.

Lalu tangan ditahan, jiwa diseru untuk mujahadah. Bertarung, bersabar, berjihad menahan diri daripada sesuatu yang diingini hanya kerana Allah taala.

Puasa.

Ia bukan sekadar mendidik jiwa menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Bahkan lebih daripada itu, ia mengajar jiwa erti mujahadah. Kerana itu, kita bukan sahaja dilarang makan dan minum, tapi kita diseru juga untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mahupun mengurangkan pahala puasa.

Mata dan apa yang ia tonton. Telinga dan apa yang ia dengar. Akal dan apa yang ia fikirkan. Mulut dan apa yang ia bicarakan. Kaki dan kemana ia melangkah. Tangan dan apa yang ia pegang. Semua perlu dijaga dengan teliti kerana sesungguhnya, aku berpuasa.

Maka alangkah ruginya jika di bulan penuh keberkatan ini, kita tidak melatih jiwa kita untuk bermujahadah dalam ketaatan total kepada Allah dan bermujahadah dalam meninggalkan segala jahiliah.

Janganlah kita tergolong dalam golongan yang rugi ini. Yang berpuasa tetapi mengumpat. Yang berpuasa tetapi menonton rancangan tidak bermanfaat. Yang berpuasa tetapi meliar pandangan mata. Yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga.

Jika diputar kembali masa sepanjang setahun yang lalu, berapa kali iman kita tewas dengan nafsu? Iman berkata ‘Jangan’, tapi nafsu berkata ‘Mahu’?

Sepertimana iman menghalang nafsu untuk mencapai gelas air sirap ais dengan biji selasih itu, didiklah jiwa untuk menghalang diri dari segala perbuatan lain yang mengundang kemurkaan Allah.

Bila tiba laungan azan Maghrib, bila tiba keizinan dari Allah, maka nikmatilah rezeki yang Allah sediakan untuk kita ini.

Ramadhan, bulan memupuk jiwa mujahadah.

Kelebihan orang yang berpuasa

Kelebihan orang yang berpuasa kerana Allah

.

#ramadhantitikperubahan

Hanan Binti Othman
JK BLN ISMA DHL
JK Latihan dan Kepimpinan PEMBINA Pusat

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online