Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Cerpen sempena Ramadan: Aliffkafwau: AKU

perkongsian hadis

Jam menunjukkan angka sebelas malam. Matanya semakin memberat. Sedaya upaya ditahan kantuknya.

‘Arghh, sabar ada lima ayat lagi ni. Habis je lima ayat ni, settle juzuk ketiga. Hoyeah!’ Dia sudah senyum in advance. Mardi Bum tiba-tiba berlagu. Matanya mengerling ASUS di hadapannya. Tertera nama pemanggil. Haikal. Keluhan kecil dilepaskan. Dia biarkan sahaja Mardi Bum itu berhenti berlagu sendiri. Bacaan diteruskan. Cepat, tapi perlahan suaranya. Tajwid? ‘Errr, insyaAllah betul’.

Bacaannya terganggu buat kali kedua. Matanya cekap menangkap satu huruf  di skrin telefon bimbitnya, ‘B’.

“Siapa?” Lia yang sekadar memerhati bertanya ringkas.

“Haikal.”

“Kenapa tak angkat?”

“Malas.”

“Aik? Sejak bila?” Hairan.

“Dia mesti nak ajak keluar.” Ok. ‘Aku tahu Lia akan bertambah hairan.’

Lia sudah angkat kening, buat muka tidak percaya.

“So…?” Nadanya sudah meleret-leret menanti jawapan.

“Aku seganlah… ni kan Ramadan.”

 

PERGHH, The Power of Ramadhan!

 

***

“Kau dah settlekan assignment Economy?”

“Belum.” Serentak kepala dihayun ke kiri dan ke kanan.

“Dah yang kau senang hati lepak tengok benda ni kenapa?”

“Alah, bukan lama pun. Dah nak habis dah ni.” Matanya masih setia di skrin laptop.

“Kau ni tak habis-habis dengan CSI kau. Orang bulan puasa ni banyakkan ibadat, ni asyik maraton series je. Daripada duk menghadap benda ni baik kau baca al-Quran ke apa ke.” Adam mula masuk mod membebel. Sejak tengahari sehingga hampir asar masih belum habis lagi sesi maraton series mamat ni.

“Kau ni typical la.” Dia sekadar melirik dengan ekor mata. Adam tengah mengemas segala nota-nota yang bersepah di meja belajarnya.

“Asal bulan puasa mulalah nak kena jadi baik.” Haikal menyambung kata.

Adam dah mula rasa lain macam.

“Hipokrit.” Tanpa nada. Sekata yang menyentap hati.

Adam diam. Agak lama. Tangannya masih cekap menyusun segala helaian nota Economy yang berterabur.

“So, kau tak nak jadi hipokrit like typical muslims out there lah?” Dia cuba mengawal nada. Tidak mahu mencari pasal.

Angguk. Matanya belum lepas lagi dari menghadap CSI. Malas ambil pusing reaksi Adam.

“What a typical reason kau pakai. Just like the other muslims out there juga.”  Adam cuba senyum. Tapi macam tak…menjadi?

Adam pandang Haikal yang masih ralit. Hidayah itu Allah yang bagi. Just do what you can do Adam. Astarghfirullahhalazim.

***

“ I call tak angkat. Why?” Haikal bertanya ringkas.

Dina diam. Malas hendak melayan rajuk Haikal. Berkali juga panggilan Haikal tidak dihiraukan. Bukan apa, dia tahu jika dijawab panggilan itu, bicara mereka mesti meleret berjam-jam lamanya. Dina tidak suka. Dia rasa tidak proper. Inikan bulan puasa. Apa pula kata Lia dan Ifa nanti. Seteruk-teruk dia pun, dia masih tahu hormat bulan puasa.

Malam ni jom teman I buka puasa? Lepas tu kita pergi tengok wayang nak? Kebelakangan ni, you jarang keluar dengan I.” Haikal cuba memaniskan senyum. Kotla sangkut.

“Err, I dah janji nak buka puasa dengan my roommate la.”

“You ni dah kenapa? Haikal dah mula naik angin.

Dina diam. Dia tahu Haikal sakit hati dengan sikapnya yang acuh tidak acuh terhadap dirinya kebelakangan ini. Terutama sejak bulan Ramadan ini.

“You segan nak keluar dengan I ke?” Haikal inginkan kepastian. ‘Bukannya tidak biasa keluar makan dengan aku, dan sejak bila pulak baik dengan roommate ini? Selalunya ada sahaja yang diadukan pasal roommate dia.’

Dina diam. Tidak tahu memberi respon yang sesuai.

“No, sebenarnya I dah janji nak buka puasa dengan diorang and lepas tu nak pergi terawih sama-sama. Kalau tiba-tiba I cancel apa pula diorang cakap kan.” Dina cuba senyum. Dia pandang Haikal yang mula membuat muka serius. Tiba-tiba dia rasa cuak.

“Sejak bila you segan nak keluar dengan I?” Serius.

Diam.

“Sejak bila you rapat dengan roommate you?” Riaknya masih tidak berubah.

Diam.

“…dan sejak bila you rajin nak pergi surau?” Senyum sinis Haikal. Bukan dia baru kenal gadis di depan matanya itu.

Diam lagi.

‘Sigh. Haikal ni dah kenapa?’

“I tanya you ni.” Nadanya datar. Menanti jawapan. Atau, mungkin dia boleh agak?

“Inikan bulan puasa, bukan selalu.” Perlahan tetapi jelas.

That’s it! Haikal menguak rambut depan dengan sebelah tangan.

‘Tadi Adam, sekarang Dina.’

Haikal bangun ingin melangkah pergi. Tidak perlu lagi dia berlama di situ rasanya.

“Owh, sebelum tu, I lupa nak tanya.” Haikal diam sesaat.

“Since when you jadi hamba Ramadan?”

Soalan yang Dina rasa dia tidak perlu jawab. Haikal tengah naik angin. ‘Yup! Let him be. Tapi…aku, hamba Ramadan?’

 

***

“Kau buka puasa dekat mana tadi?”

Adam baru habis mandi. Tangannya pantas menyarung baju melayu ke badan. Tuala disidai di kepala katil. Tadi dia masuk bilik, Haikal masih belum pulang.

“Kedai Mamak kat depan.”

“Dengan Dina?” Dia meneka. Gadis yang bernama Dina itukan buah hati pengarang jantung Haikal. ‘Bilalah diorang ni nak kawin. Sigh.’ Adam mengeluh dalam hati.

“Sorang.”

Alhamdulillah. Adam tarik nafas lega.

Patutnya kau join je kita orang tadi. Buka puasa sama-sama dekat bilik Bob. Mat Yo, Peja, Toby semua ada tadi.” Adam senyum.

“Salah satu sebab aku suka bulan puasa, dapat buka puasa ramai-ramai. Masa bulan puasa ni la pun nak merasa makan berhadap dengan mamat-mamat  tu semua. Haila, indah betul.” Senyum masih tidak lekang di bibir.

Haikal di katil. Masih setia dengan telefon bimbitnya. Kali ini Adam menyarung songkok hitam ke kepala. Bersiap ingin ke surau.

“Kau tak nak join aku pergi terawih?” Ikhlas.

“Tak.” Sepatah yang tegas. Telefon bimbit masih di tangan.

“Jomlah, ramai-ramai baru best. Lagipun terawih bukan selalu. Bulan Ramadan je.” Adam mengajak lembut. Mana tahu malam ini mengena.

“Kau ni kenapa?” Nadanya naik satu oktaf.

Haikal mula rasa naik angin. ‘Dah lah si Dina buat hal. Mamat ni pula tak habis-habis membebel. Hoo…Panas aku! Asal bulan puasa je, semua orang sibuk nak tunjuk baik. Sebelum ni tak ada pula sibuk macam tu. Hipokrit! Semua nak menipu diri sendiri. Pffft! Meluat aku.’

“Kenapa ni?” Adam tidak ikut nada Haikal. Tenang. Dia tahu, dia tidak patut ikut lawan nada ketika itu. Dari berdiri Adam mula duduk. Jam menunjukkan pukul 7.40 malam. Nasib baik tadi selepas berbuka dengan kurma, terus solat maghrib dulu sebelum sambung makan. Haikal tidak terus menjawab. ‘Mana si Dina ni? Tak kan betul-betul ke surau kot? Whatsappnya masih belum berbalas.’

“Kenapa ni?” Adam menyoal kali kedua. Kali ini dia betul-betul duduk menghadap Haikal yang berbaring. Haikal pandang Adam sejenak. ‘Dia ni lagi satu hal.’

“Aku menyampah la kalau bulan puasa baru orang sibuk nak jadi baik ni… Hipokrit.”

Haikal buat muka annoying.

“Salah?” Adam membalas.

Soalan Adam dibiar tidak berjawab.

“Aku benci tengok orang menipu diri sendiri.”

“Aku tak suruh kau tipu diri sendiri.”

‘Adam, memang pakar putar belit.’

Haikal pandang Adam. Serius. Dia bangun duduk bersila.

Riak Adam masih macam tadi. Tenang. Dia memang lebih senang menyoal kerana orang yang disoal akan lebih berfikir. Akal yang Tuhan bagi pada manusia itu sama, cuma kadang-kadang manusia yang tidak memberi ruang kepada diri untuk lebih berfikir.

“Aku tak suka jadi hamba Ramadan.” Haikal sambung kata.

Adam senyum. Senyum yang bukan sekadar tenang tetapi seakan baru mendengar sesuatu yang berupa kemenangan.

“Hebat!”

Haikal mempamer muka hairan. ‘Apa yang hebat? Perli ke apa ni?’

“Kau sedar akan situasi ni. Sayang, ramai orang yang tak sedar pun dia tengah jadi hamba Ramadan.” Dia diam mengambil nafas.

“Tapi kau kena ingat, aku tak bermaksud suruh kau stay dengan keadaan kau sekarang. Puasa sekadar tahan lapar. Aku tak perlu terangkan apa makna Ramadan yang sebenarnya dekat kau, sebab orang yang mengatakan dia tak ingin jadi hamba Ramadan bukan orang yang lemah fikiran. Kan?” Adam bertanya bukan untuk jawapan tetapi lebih kepada penyataan.

Haikal tarik senyum sinis.

“Tak elok mengumpat bulan puasa, nanti kurus pahala puasa.”

“Cuba jaga sikit pergaulan, ni kan bulan puasa.”

“Jaga mata, jangan nak tengok benda tak senonoh. Hormatlah sikit ini kan bulan puasa.”

“Bulan puasa ini lah nak khatamkan al-Quran, solat terawih kat surau, cari Lailatul Qadar. ”

“Padahal semua amal itu kita lakukan bukan semata kerana Ramadan. Orang yang silap dalam meletakkan niat berpuasa kerana ‘ini bulan puasa’ lah yang sebenarnya tidak mampu beramal kerana menganggap, ‘betullah, Ramadhan hanya sebulan.’ Tetapi, jika mereka meletakkan niat berpuasa dengan sebenar-benar ‘puasa’ itu kerana Allah, amal yang dilakukan ketika Ramadan akan dipanjangkan ke bulan lain juga sebab Allah itu sentiasa ada tidak kira bulan. So, it make sense la kan?” Adam diam, memandang Haikal yang sedang mencerna apa yang baru didengarnya.

“Aku cakap berbelit eh? Sorry.” Adam buat senyum comel.

“Tak. Aku faham.” ‘Sigh.

“Aku rasa Ramadan mesti bangga sebab semua orang sibuk nak jadi baik sebab dia.” Haikal gelak kecil.

Tapi kau kena ingat, kadang-kala, Ramadan boleh jadi pembuka. Jangan jadikan hipokrit sebagai alasan kau tak beramal. Ini peluang yang Allah bagi. Dia bagi kita satu bulan yang special untuk kita beramal. So grab the opportunity. Aku tak nampak hipokrit sebagai satu alasan. Maaf aku cakap, tapi Kau ego. Itu yang sebenarnya. Kau tahu tapi kau tak nak buat tindakan.”

Adam sambung kata.

“Cubalah. Tak salah. Kadang-kadang menjadi ‘hipokrit’ yang kau meluat itu lebih baik dari sekadar mendabik dada kata aku tak nak beramal sebab aku bukan hipokrit. Bukan kerja kita untuk menilai keikhlasan seseorang dalam beramal, Haikal. Itu kerja Allah.”  Adam memandang wajah sahabatnya itu.

“Aku tak rasa apa-apa Dam. Aku tak tipu. Puasa bagi aku sekadar tak makan sehari suntuk. That’s it!” Telefon bimbit di tangan diletak ke tepi. Haikal mula meletakkan ‘serious’ dalam perbualan ni.

“Cari. Tuhan tak akan bagi macam tu je. Dia pun nak juga tengok sejauh mana usaha kau mencari Dia. Ramadan itu bukan tujuan tapi jalan untuk cari Tuhan. Itu kau kena ingat.”

 Matanya bergenang. Payah jika Tuhan tidak izinkan. Hakikat mencari Tuhan itu sepatutnya  senang kerana Tuhan itu memang ada, tiap waktu dan ketika, tetapi sudah namanya manusia mungkin ter ‘hijab’ dan perlu izin Dia juga untuk membukanya.

“Adam, aku ada soalan.” Haikal angkat tangan kanan, macam murid darjah satu minta izin ke tandas pula. Adam menjawab dengan hantar isyarat mata sahaja.

“Kita mengaku cuma ada satu tuhan, tapi kenapa kita sering jadi ‘hamba’ kepada Ramadan?”

Adam tersenyum. ‘Banyak betul aku sedekah senyum hari ni.’

“Nama pun manusia, terkadang kita  lupa, Ramadan juga punya tuhan.” Senyum lagi.

Haikal angguk. Terkesan sesuatu di hati. Apa?

“ So?” Adam memandang Haikal yang sedang berfikir. Matanya memaku ke lantai.

Haikal angkat muka. “So?

“So…?” Haikal mengulang kata Adam tadi. Haikal berkerut tanda tidak faham apa erti dua abjad yang Adam sebut tadi.

Adam tarik nafas dalam sebelum tersenyum segaris. Dia bangkit dari duduk. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam. ‘Lagi berapa minit nak masuk Isyak.’

“So… apa kau nak buat? Sekadar tahu tak mengubah apa-apa, tahu?”

‘Apa aku nak buat? Takkan nak terus pulun Al-Quran habiskan 30 juzuk? Ceh, bajet macam aku pandai sangat baca Quran.  Solat Terawih? Ke nak kena solat sunat Taubat dulu baru boleh mula? Sakit kepala. Fikir overload.’

‘Banyak lah kau punya solat sunat Haikal. Solat yang lima waktu tu pun kau aci redah kadang buat kadang-kadang tak.’ ‘Hati yang paling dalam berbicara sinis. Shuhh!Pergi main jauh-jauh.’

‘Mana aku nak mula? O…k. Dia rasa lost. Allah…terasa gabra tiba-tiba. Entah kenapa. Rasa macam dia tidak tahu apa-apa. Mukanya berkerut-kerut berfikir.

“Muhammad Haikal…” Adam pegang kejap bahu sahabat. Senyum lagi.

“Apa kata kau mula dengan solat?” Haikal tenung wajah Adam dalam. Mencari ikhlas.

“Jemaah sama-sama, jom?” Terasa indah ajakan Adam kali ini. ‘Tuhan sudah bukakah pintu hati? Mungkin.’ Dia bangkit. Kakinya mula melangkah untuk keluar dari bilik bujang itu. Adam hanya memerhatikan tingkah laku Haikal. Diam.

“Bagi aku lima minit. Aku bersiap kejap.” Haikal senyum nipis. Mungkin ini saatnya untuk dia cuba cari Tuhan.

‘Allah…’ Adam terasa matanya panas. ‘Syukur ya Allah, syukur. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kau mampu Haikal. Kau mampu. Cari Dia dan kau akan jumpa Dia.’ Terasa lapang dadanya. Kali ini senyumnya dah tak boleh tone down!’

 

Tamat.

 

Nama Pena Penulis:

Dari Langit

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online