»

24/10/2017 – 7:57 AM |

 
BANGI, 15 Okt – “Malaysia menduduki tempat pertama dalam kedudukan negara yang mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang gemar berbelanja lebih dari kemampuan walaupun …

Read the full story »

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Berita Terkini, Berita Utama, Masyarakat

Isma Hulu Langat desak MPKj tolak permohonan bina rumah kebajikan Kristian

Submitted by on 03/07/2015 – 11:09 AMNo Comment

photo_2015-07-01_15-49-08-1024x576

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) didesak untuk menolak permohonan Persatuan Rumah Caring Kajang yang dilaporkan mahu membina rumah kebajikan tiga tingkat itu lot 41153, Jalan Pintar, Pekan Kampung Sungai Tangkas.

Mohd Noor Azib Asmangi YDP ISMA Daerah Hulu Langat

Mohd Noor Azib Asmangi YDP ISMA Daerah Hulu Langat

Yang Di Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan daerah Hulu Langat (Isma DHL), Mohd Noor Azib Asmangi memberitahu Ismaweb, Persatuan Rumah Caring Kajang itu merupakan salah satu badan yang tersenarai di bawah Malaysian Care yang aktif menyebarkan agama Kristian melalui projek-projek kebajikan.

Jadi cadangan persatuan tersebut untuk membina rumah kebajikan di Sungai Tangkas yang mana majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam adalah tidak wajar dan perlu ditolak dengan tegas.

“Isma DHL mendesak agar pihak MPKj membatalkan hasrat pembinaan rumah kebajikan tersebut bagi menjaga keharmonian penduduk setempat.

“Tambahan pula dibimbangi sekiranya rumah kebajikan tersebut akan menjadi alat untuk menanamkan dakyah kristian kepada penghuni dan masyarakat setempat.

“Isma DHL mencadangkan agar pihak Persatuan membertimbangkan kawasan lain yang berhampiran penduduk menganut Kristian seperti Sungai Chua dan lain-lain untuk tujuan rumah kebajikan itu,” katanya kepada wartawan.

Semalam Ismaweb melaporkan Persatuan Penduduk Taman Vista Emas, Kajang telah mengemukakan memorandum kepada MPKj bagi membantah cadangan pembinaan rumah kebajikan itu.

Ini berikutan Pengerusinya, Fesol Aziz berkata, pembinaan itu berada di Zon 22, iaitu kawasan kejiranan majoriti Islam dengan kepadatan penduduk hampir 10,000 orang.

Kewujudan rumah kebajikan ini boleh menggugat sensitiviti agama dan seterusnya boleh menimbulkan ketegangan kaum di kawasan ini khasnya dan di bandar Kajang.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.